Sabtu, 29 Ogos 2009

Unexpected Guest (Roger is back)


Sebaik saja aku dan Fuad sampai jer kat tempat favorites presiden (Restoran Aliff). Sungguh terkejut, bila Cikgu Roger ada kat situ, memasing mulut tengah berasap tu!!!, kalau dulu paling tidak pun mahu kena pelempang. Tapi sekarang boleh duduk semeja lagi. Kebetulan Cikgu Roger pun ngeteh di tempat yang sama. Tu yang bergambar tu.

Kamu semua ni budak sekolah Majidee ker? tanya cikgu Roger. Beliau terkejut dan bangga bila Presiden kita mengatakan ya. Bangganya bukan kerana kita telah menjadi Engineer, Doktor atau Lawyer, tapi bangganya beliau kerana kita masih hormat dan kenal padanya. Walaupun dulu ada yang pernah kena rotan dan sepak dengannya. Namun masih lagi mahu menegur sapa. Pesanannya sebelum beredar dari situ "Jangan lupa Jemput saya bila buat Reunion nanti, Saya nak cepat ni, saya nak tengok game Liverpool vs Bolton".

7 ulasan:

  1. Pergh..! Cikgu Roger... Cayalah korang. Apa cerita Cikgu Roger? Sihat ke?

    BalasPadam
  2. Tu la aku letak entri pasal kamera. Tengok moment yang sangat meyentuh, korang tak dapat shot dari kamera yang gambarnya cantik. Aiseh... Tak pe lah.. Nanti kita lantik Cikgu Roger jadi penasihat.

    BalasPadam
  3. cikgu roger..he's the best math teacher ever..pasal dia aku score math(SRP)..his simple note brialliant beb..nanti aku nak anak aku belajo math dgn dia..lol...

    BalasPadam
  4. tul tu zul@baby...cikgu roger the best math teacher...ayat yang paling aku tak lupa ttg cikgu roger "WALUPUN LUARAN TAK SAMA TAPI ISI KANDUNGAN TETAP SAMA" ekeke

    BalasPadam
  5. Pembetulan woi... cikgu Roger balik sebab Chelsea dan menang laa... sebab dia peminat Chelsea bukan Liverpool.

    BalasPadam
  6. Aku Ingat dia sama ngan Zul peminat Liverpool.Huhuhu..

    BalasPadam