Sabtu, 29 Ogos 2009

Digital Kamera - Sedikit Panduan

Salam,

Apa Khabar semua? Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan. Sempena menjelang ketibaan Syawal, mungkin ramai di antara kita yang bercadang hendak membeli digital kamera. Lalu, tertanya-tanya kamera apa yang sesuai untuk dibeli. Maklumlah, di pasaran sekarang ni, terlalu banyak model yang hendak dipilih.

Kenapa Mesti Memiliki Kamera Digital?
Sejak dicipta, kamera adalah suatu medium yang sangat penting. Kerana kamera, kita dapat melihat gambaran tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas, serta boleh dikatakan ianya sangat penting dalam setiap aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, kalaulah tiada kamera, tiadalah gambar-gambar korang masa sekolah dulu. Dapat juga kita lihat kembali wajah kita 20 tahun lampau. Atau boleh mengambil gambar ahli keluarga pada bila-bila masa sahaja. Gempak dan kalau buat ReUnion nanti, puas hati bila tengok hasil gambar muka korang... Hebat bukan?

Kamera apa yang patut dibeli?
Sekarang ini kamera digital menguasai pasaran dan keperluan dunia. Secara dasarnya ada 2 jenis kamera yang biasa digunakan. Kamera 'compact' atau 'dslr'. Dan yang terbaru kamera handphone yang rata-rata semua tahu hasil gambar memang 'hampeh'. Jadi, lupakan kamera handphone.

Perbezaan Kamera Compact dan DSLR


Nikon D40 DSLR
Canon Powershot Compact

Perbezaan ketara kedua-dua kamera ini selain dari saiz ialah dslr mempunyai sensor yang lebih besar di mana sensor yang besar akan menyebabkan hasil gambar lebih besar dan kualiti lebih baik. Sensor yang besar juga boleh menghasilkan efek blur pada subjek yang tidak masuk fokus. Satu lagi ialah dslr boleh di tukar lensa (lens) dari yang normal kepada zoom, telephoto (jarak jauh) dan wide angle (lensa yang sesuai ambil gambar dalam bilik yang sempit). Maknanya kalau sudah memiliki dslr, kita boleh membeli lens-lens yang lain pada masa akan datang.

Kamera compact memiliki sensor yang kecil. Jadi, 10Megapixel kamera compact masih tidak boleh melawan kualiti gambar 6Megapixel dslr.

Satu lagi kelebihan dslr ialah butang shutter yang maha laju. Maksudnya kita boleh mengambil gambar dengan pantas dan berulang-ulang kali pada setiap detik yang kita mahu. Berbanding compact yang mengambil sedikit masa sebelum kita dapat menekan butang shutter dan akibatnya saat yang kita perlukan sudah terlepas. Dslr juga boleh mengambil sehingga 3 gambar dalam masa 1 saat. Malah ada yang boleh sehingga 10 gambar.

Jadi apakah kelebihan kamera compact?
Lagi mau tanya ka? Sebab kecik la.. Ringkas, mudah dan praktis. Boleh letak dalam poket dan mudah dibawa ke mana-mana. Itu saja.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini, anda tidak akan mendapat semua yang anda inginkan. Buat masa ini tidak ada kamera compact yang memiliki kehebatan dslr. Terbaru cuba diketengahkan ialah Olympus Pen. Itupun RM4000 lebih. Anda kena membuat pilihan berdasarkan keperluan dan budget. Tetapi sekiranya anda mempunyai budget sehingga RM1600, anda sudah boleh memiliki dslr yang mempunyai kualiti gambar dan fungsi yang hebat. Kalau di KL ni, ramai yang membeli 2nd Hand dengan harga RM800 - RM1000.

Simpanlah gambar yang berkualiti untuk kenangan akan datang!

4 ulasan:

  1. Ooo.. macam tu ke...

    BalasPadam
  2. woi.ni blog kedai kamerake.hihihihih.tapi aku berkenan gak tapi.......no fulus.kumpul duitla

    BalasPadam
  3. Nak tambah sikit, apa jenis kamera sekalipun yg kau org pakai, yg penting moment jgn terlepas. Pakai Nikon D3 ke atau Canon 1Ds Mark III sekalipun, kena pandai menilai moment. Maksudnya, kamera bukan perkara yg utama, tetapi siapa yg mengendalikan kamera itulah yg paling penting.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan Encik Rizal... terima kasih kerana kongsi tips yang berguna.

    BalasPadam