Salam...
Perjumpaan pertama bekas pelajar SKMB-SMMB yang lahir pada tahun 1973 telah diadakan di Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru pada Sabtu, 15 Ogos 2009. Perjumpaan yang telah diatur lebih dari 2 bulan berjaya mempertemukan seramai 32 orang kawan-kawan lama yang kini masing-masing berusia 36 tahun. Sudah beranak-pinak, bersuami dan beristeri-isteri-isteri.
Nostalgik
Perjumpaan ini dibuat selepas 20 tahun meninggalkan bangku sekolah menengah iaitu pada tahun 1990. Selepas tamat SPM, selepas turunkan tandatangan pada baju sekolah masing-masing... kebanyakan dari kita mencari haluan sendiri. Ada yang melanjutkan pangajian ke peringkat tinggi dan tidak kurang juga yang menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Ramai juga yang telah keluar awal dari SMMB selepas tamat tingkatan 3 untuk ke Vokasional atau sekolah asrama penuh. Walau apa pun, kita semua selepas itu, berusaha untuk kehidupan yang lebih baik selepas mendapat pendidikan dari cikgu-cikgu sekolah kita yang tersayang.
Idea
Perjumpaan sebegini sebenarnya tidaklah sukar untuk dibuat. Tetapi cabaran paling besar ialah untuk mencari seramai mungkin bekas kawan-kawan lama kita yang sudah berpuluh tahun tidak pernah didengar khabar berita. Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada beberapa orang sahabat kita yang sudi meluangkan masa dan tenaga mereka untuk mencari dan mengumpulkan kita semua pada malam itu. Mereka ialah Saudara Mahasir, Azmin dan Nizam. Mujurlah teknologi canggih dan dunia internet kini banyak membantu. Terima Kasih kepada Yahudi yang banyak mencipta kemudahan untuk kita.
Malam 15 Ogos
Malam perjumpaan yang berlangsung sehingga pukul 12 malam tidak putus dengan senyuman mesra dan hilai tawa dari semua yang sudah lama memendam rindu. Masakan tidak, setelah 20 tahun berlalu... dan mungkin ada yang sudah membuangnya... tiba-tiba zaman persekolahan dulu masih berlaku pada usia sebegini. Rasanya bagaikan mimpi yang pulang. Dapat menatap wajah sahabat lama yang selama ini mungkin tidak terbayang oleh kita. Ada yang masih seperti 20 tahun dulu walaupun sedikit perubahan pada perut, tidak kurang juga yang sudah seperti orang lain. Terutama Saudara Fadil (Tok Siak) yang betul-betul sudah berubah. Tiada lagi lesung pipit comel. Sesungguhnya kami bersyukur padamu Allah kerana memberikan kesempatan ini. Mempertemukan kami dengan sahabat-sahabat lama.
Antara yang hadir pada malam itu ialah Saudara Mahasir yang telah dilantik sebagai Presiden ExSMMB 1986-1990, Saudara Khirzon sebagai Timbalan beliau dan Linda sebagai Bendahari. Lain-lain ialah Nizam Salleh, Junaidi Latip, Zulkarnain, Nazaruddin, Hisham Maarof, Amiszan Adam, Hisham Salmin, Fadil Tok Siak, Fuad Abdullah, Rashidi, Hashim Abu, Kamarulzaman, Ali, Sufyan, Shasha, Pian, Azizah, Norazah, Rahimah, Siti, Ellen @ Saira, Zainon, Oshin, Og dan 2 orang wanita yang... lupa la nama...
Kebanyakan yang hadir pada malam itu ialah rakan-rakan yang masih bermastautin di Johor Bahru. Orang Johor betul la korang ni... Hanya Hisham Salmin dan Fuad Abdullah sahaja yang kini telah menetap di Kuala Lumpur.
Semoga perjumpaan (REUNION) seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang dan diharapkan dapat dihadiri rakan-rakan kita yang lain yang kini entah di mana mereka berada. Walau apa pun, semoga tali persahabatan akan terus erat kekal sehingga ke akhir hayat.
Selasa, 18 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Meriah dan Penuh Makna...
BalasPadamrugi rasanya x dpt bersama2, apupun semoga ukhwah berpanjangan..insyallah
BalasPadamSweet memory
BalasPadamceh zul.apit ye kiri kanan kau ye.kt skolah kau dulu poyo je dgn kau punya but bole je.da tua2 baru nak skandal kau ye....
BalasPadamhaaaa ni lagi sorg cikgu zaini kita ni.bukan main peluk shasha ye.mak aiiii.dulu punya la baik.tapi skrg.......hehehehe.tapi steady la bro.ubat order satu.hahahahaahahaha
BalasPadammamat ni susah nak ckp (rahim).nak kata x ensem,ensem,tapi masih solo lagi.bro wa ada bnyak stok.kalau nak calling2.
BalasPadamtapi yg paling vogue shasha.perghhhhhh.licin ngalahkan perempuan.muaaaaaaaah la kt pp.love u la sha.
BalasPadamYng ni lagi sorg(junaidi@jamal abdillah.line clear2 banyak la.skrg di lantik pengarah ministry of social.bukan main gelek mamat ni.tgk je disen.jgn marah bro wa kasi hangat lagi blog ni
BalasPadamala x gentle la x letak nama....setakat letak jejaka low profil je wat pe...cam mn aku nak debik time jmp nnt..kang slh debik..muka aku yg lebam ni kang...sape la jejaka ni agaknye ek...jdk pemerhati btl....
BalasPadamhai...assalamualaikum...hepi giler bila tau ada blog for Exstudent 86-90 ni...terasa lak dah tua...walaupun jiwa maseh muda remaja....kwan yg aku ingat sesangat oshin coz dia bodyguard aku...ekeke jangan marah oshin...rahimah mohd, elen coz satu kelas...zainon md said kawan dari sekolah rendah...hepi dapat tgok dia wpn kat sini jer...
BalasPadamkomen telah dibuang.huhuuhhuhuhuhuh
BalasPadamsapala yang buang tu.x spoting tul la.bukan lucah pun.huhuhuhuhuhuhu
BalasPadamsalam, tahniah kpd semua...terutama pada mereka yg terlibat dgn reunion 86-90 pada 15 ogos 2009. Terkilan gak rasa coz x dpt join u all...
BalasPadam