Jumaat, 28 Ogos 2009

Aktiviti Mingguan

Zul, Junaidi, Mahasir, Fuad asyik membaca komen diblog exsmmb

Selepas dari perjumpaan pertama kita di 'JB Catering' Tasek Merdeka. Nampaknya semakin eratlah siratulrahim terjalin diantara ahli alumni SMMB. Antaranya, Aktiviti mingguan yang dianjurkan oleh En Presiden dan Timbalannya (Perjumpaan di Restoran Alif). Disamping membincangkan hala tuju ahli alumni SMMB dapat juga berborak melepas lelah penat bekerja.

Daripada tidak tahu pasal IT, sekarang ramai alumni SMMB dah ada email, Facebook malah blog peribadi yang 'gempak'. Jealous juga tengok ada yang membawa 'Laptop' canggih-manggih.
Hebat!! hebat!!

Hendak dijadikan cerita. Perjumpaan semalam di tempat 'favorites' En Mahasir (Presiden) Restoran Aliff, sedang memasing syok beborak serta 'update' blog dan FB (Facebook) berlakulah 'blackout' selama sejam. Kalau dulu, tiada 'wifi' masing-masing 'steady' jer, sekarang dah pandai mengeluh, ada yang ajak pindah ke restoran lain. Tapi presiden dan timbalannya tetap mempertahankan tempat kegemarannya itu..Almaklumlah mereka berdarah 'mamak'.
Di sini saya menunjukkan bukti kesetiaan beliau.

En Khirzon ditemani cahaya lilin setia menanti bekalan elektrik disambungkan.

6 ulasan:

  1. ceh ko amiszan.berdarah mamak? pantang nenek moyang aku .aku dgn timbalankan berdarah bugis.statement kena jaga.ada bau2 dgn sultan johor tau.heheheeh

    BalasPadam
  2. Ok la tu... Nanti kalau ada apa-apa, boleh mintak Aliff Sponsor. Boleh la kita pakai t-shirt Aliff. Wakekeke...

    BalasPadam
  3. Oh lupa... Kepada yang tak tau, Hashim Abu mengalami kemalangan di Kedah. Langgar apa tak tau dan terbabas Dia ok. Kereta je yang teruk bahagian depan. Semalam aku call dia. Hari ni dia mungkin di Terengganu. Mamat tu memang selalu 'long distace'. Dia kirim salam.

    BalasPadam
  4. Semalam aku dpt gak sms dia sham. Dia ckp gi Kedah naik flight..Apa² pun semoga selamat

    BalasPadam
  5. korank kalo g lepak aliff...sound2 la...kaum hawa pun nak join gak...

    BalasPadam
  6. mlmni kul 9 mlm kt aliff.dijemput

    BalasPadam