Sekolah Menengah Majidi Bahru (SMMB) telah ditukar namanya kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail pada tahun 2006. Tidak diketahui sebab pertukaran nama tersebut. Mengikut maklumat dari Facebook, nama Majidi atau Majidee diambil dari nama seorang Gabenor Inggeris yang memerintah Johor pada satu masa dahulu. Rasanya tidak ramai pelajar SMMB tahu dari mana datangnya nama Majidi. Malah tidak peduli langsung pun tentang perkara itu.
Tapi siapakah Tun Syed Nasir Ismail?
Beliau mula berkhidmat dengan Pejabat Pelajaran Johor sebagai penolong nazir sekolah-sekolah Melayu di Batu Pahat, dari tahun 1942 hingga tahun 1949. Antara tahun 1949 hingga 1955, beliau telah berkhidmat sebagai nazir sekolah Melayu negeri Johor dan mulai bulan Februari 1956, beliau menyandang jawatan Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan.
Beliau kemudian telah dilantik menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957, menggantikan tempat Profesor Diraja Ungku Aziz. Cerita lanjut di sini.
Sesiapa yang tahu lebih lanjut tentang perkara ini, bolehlah beri maklumat. Walaupun sedih tentang hal pertukaran nama sekolah kita ini, janganlah tuan puan risau. Kita semua tetap SMMB. Yeaayeaaagghhh! (Ikut style Bandi Amok)
Jumaat, 21 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aku dengar khabar angin bahawa penukaran nama skolah ada motif politik.ntahla
BalasPadamsib bek kau dego kabar2 angin..aku langsung tak dego apa2....
BalasPadamDa tuko name rupe nye skolah lame aq ni.. ptot search x kluo😂
BalasPadam