Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!
Apa khabar semua!!Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat bersua kembali setelah 20 tahun kita terpisah apabila tamatnya alam persekolahan.Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan semua kerana susah payah anda semua untuk menghadirkan diri pada perjumpaan yg telah diadakan di tasek merdeka (JB katering). Terima Kasih semua! Dengan kehadiran semua secara tidak langsung terciptanya blog ini untuk kita sama-sama bekongsi cerita kisah silam yang mana sentiasa terpahat di ingatan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Hisham Salmin kerana tanpa usaha gigih beliau mungkin blog yg serupa ini tidak dapat kita tatap dan kongsi bersama.
Idea mengumpulkan rakan2 semua telah lama saya ingin lakukan tetapi dengan keadaan kerja dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun sukar, idea ini dapat juga dilakukan secara perlahan-lahan. Berkat sokongan saudara Azmin dan Nizam Salleh yang banyak membantu mencari rakan-rakan yang bertaburan, Alhamdulillah dapat juga disempurnakan walaupun tidak semua yang dapat dikumpulkan.TQ BRO... Bukan mudah untuk menjejaki rakan-rakan lama kita. Ianya memakan masa lebih dari 2 bulan untuk mengumpulkan seberapa ramai yang boleh. Saya tidak menyangka usaha yang pada mula saya anggap membuang masa mendatangkan hasil yang amat mengembirakan hati dan perasaan. Rasa teramat rindu sentiasa bermain difikiran bila mengenangkan saat-saat manis waktu persekolahan. SWEET MEMORY.
Bila dikenang kembali nostalgia di alam persekolahan timbul semua kenangan yg mengusik jiwa. Kena rotan, berdiri dalam kelas, bergaduh, mengusik rakan-rakan terutama rakan lelaki mengusik perempuan. Ada yang menangis, ada yg kena penendang (sapa la tu), macam-macam, tak kurang juga skandal-skandal antara pelajar lelaki dgn perempuan. Si A dengan si B, surat cinta kantoi dengan cikgu, ermmmmmm. Tergelak sendiri. Tapi saya ingatkan pada rakan-rakan semua tujuan di adakan jejak kasih ini hanyala melepaskan rindu saja tau. Lebih-lebih........JANGAN. Masing-masing sudah mempunyai keluarga. Jadi mana yg masih ada lagi perasaan tu simpan-simpan jela. Kalau di izinkan untuk di adakan lagi perjumpaan seumpama ini jangan pulak sombong.Tegur pasangan masing-masing.Tegur je tau. Kalau nak jeling pastikan pasangan kt sebelah tak nampak. Hehehehehe. Yang lain simpan je dalam hati. Jadikan ianya sebagai satu kenangan terindah yang pernah terpahat di hati. Nasib baik saya bertemu jodoh dengan sealiran. Jadi tak payahla susah-susah nak menjeling ke, kenyit mata ke, selamat aku.
Selain dari itu tujuan saya mengumpulkan semua adalah untuk berkongsi-kongsi idea, cerita dan perniagaan yang mana ada di antara rakan-rakan kita telah membuka perniagaan sendiri. Secara tidak langsung kita membuka jalan yang lebih luas untuk rakan-rakan memgembangkan perniagaan masing-masing.Yang mana buat SALESke, MLMke, edar-edarkan la business masing-masing ye.
Sampai disini saja untuk kali ini. Panjang lagi kalau nak cerita. Tapi takpe, kita berjumpa di episod akan datang. Pada sesiapa ingin mengetahui rakan-rakan, bolela anda cari di dalam blog ini yg telah disediakan oleh saudara Hisham. Untuk pengetahuan semua saya mempunyai lebih kurang 65 senarai no hp rakan-rakan kita. Jadi pada sesiapa yang ingin mencari rakan yang tiada di dalam senarai yang disediakan oleh saudara Hisham, bolehlah hubungi saya di talian hayat ini. 019 7747473 dan 019 7987758.
Sekian saja untuk kali ini.sekian terima kasih
Love u all, Love SMMB.
Mahasir
Selasa, 25 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hebat Ucapan Presiden...x sangka aku..touching ckit
BalasPadamYang sudah tu sudah la bro... hihihi...
BalasPadamTapi ada yg blom sudah......hihihihihi.
BalasPadamMcm kene kt aku je!hehehehehe ntah2 presiden ni yg banyak skandal.u all bukan tak tau mamat ni.playboy tu ngalahkan datuk k.
BalasPadamSkrg kita tukar nama dia dato m.mampus kalau bini dia baca dlm ni.abisla presiden kita jawabnya terbang periuk kt umah.hahahaahahahahaha
BalasPadambetul2 touching ucapan presiden...syabas ar usaha gigih kini membuahkan hasil walupun sekrg musim buah tak menentu...hehehe teringat plak time musim buah rambutan...bila g sekolah agama majidee lalu ar rumah makcik2 kat majidee rembat buat rambutan....
BalasPadamtimbalan aku ni btulla.......Ya ALLAH lindungila aku dari kutukan kawan2 yang aku sayangi.......
BalasPadamamin
Salam semua..
BalasPadamWalau macam mana pun aku tetap berterimakasih kepada En Mahasir kerana susah payah/kerja keras bagi menjaya Reunion 15/08/09 di JB katering.
Susah payah kau ini semoga allah saja yang membalasnya.Besor pahala kau En Mahasir. Jadi aku rasa memang kau yang layak memegang Jawatan Presiden ni.