Assalamualaikum...
Kepada semua sahabat-sahabat yang diingati dan di kasihi. Saya Mohd Khirzon Bin Abu Bakar. Anda kenal saya kan? Saya rasa syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang utk memberikan sepatah ucapan di dalam blog ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf seandainya ucapan saya nanti akan menyinggungkan hati dan perasaan kawan-kawan semua. Ribuan terima kasih saya ucapkan pada tuan presiden kita kerana memberi galakan untuk saya menyampaikan sepatah dua kata kepada sahabat-sahabat yg sentiasa dirindui.
Saya telah mempunyai keluarga yg sederhana besarnya. Alhamdulillah saya telah dipertemukan jodoh dengan seorang saudara baru dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun saya telah dikurniaan 2 orang putera dan ada setengah lagi yg belum di ketahui jantinanya. Umum mengetahui saya mempunyai... ?? Tapi mungkin tiada jodoh antara kami. Biasala cinta monyet. Bergayut-gayut akhirnya jatuh ditanah jua. Kelepuk bunyinya... Hehehehehe. Tapi itu semua kenangan lama. Diharap yang berkenaan janganlah tersinggung ataupun berkecil hati. Lumrah kehidupan tak sentiasanya berakhir dengan kegembiraan. Walaubagaimana pun saya sentiasa berdoa agar sidia bahagia hingga keakhir hayat.
Diketelanjuran ini saya meminta maaf pada rakan-rakan yang mana saya ada terkasar dari segi perbuatan ataupun perkataan maafkan saya seandainya berlaku. Mana yang saya terhutang... jangan malu-malu kalau nak minta balik. Buang tebiat ke aku ni. Hehehehehehehe. Kepada rakan-rakan yang tidak pernah bersua, kalau terserempak tu janganlah malu-malu nak tegur. Saya masih macam dulu lagi. Giler-giler. Dan pada rakan-rakan yang kalau-kalau nak pegi karaoke tu janganlah lupa nak pelawa saya ye. Yeeghhhhh-yeeghhhhhh (bandi amuk style). Ini pun dah tua-tua baru nak kemaruk menyanyi. Jangan fikir yg bukan-bukan ye. Nyanyi je. GRO?........... NO!!!!!...................yes!!!!!!. Hahahahahaaha. Saya kenal sapa yg kaki tu tapi biarla jadi rahsia. Yoyoyoyo. Jangan marah ye bapak presiden. Itupun sebulan skali supaya key tak lari. Ewahhhhhhh!!!!. Amcm presiden ada berani!!
Saya rasa cukuplah sampai disini saja ucapan aluan saya untuk kali ini. Ada masa dan idea saya akan keudara lagi. Saya sudahi dengan ucapan I MISS U ALL.
Wassalam.
Khirzon
Selasa, 25 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ucapan vice presidenni penuh tanda tanya!!!!!!!bahaya tu.tapi syabas kpd beliau kerana menambahkan lagi umat nabi Muhammad.syabas bro
BalasPadamWaa.. ramai member dah tambah anak. Tahniah...
BalasPadamTula bro bila kau bila lagi
BalasPadamtahniah gak kat vice presiden....dari sekolah lagi memang dah ada ciri2 kepimpinan melalui teladan...ekekeke...khairzon kalo kau nak g karaoke ajak2 la aku sekali...minat gak aku nyanyi ni walupun suara aku ni sikit lagi macam misha omar....
BalasPadam