Selasa, 25 Ogos 2009

Menyambut Rakan Lama - Puan Atikah Moktar

Perjumpaan bersama exSMMB sering diadakan sejak akhir-akhir ini. Selain daripada mengeratkan tali silatulrahim, perjumpaan sebegini selalunya diisi dengan perbincangan mengenai banyak perkara. Dari agenda mencari semula rakan-rakan lama sehinggalah perbincangan mengenai politik, sukan dan perniagaan.

Perjumpaan pada malam minggu lepas dirasakan lebih seronok dan bermakna kerana menyambut kehadiran seorang lagi sahabat yang istimewa. Beliau ialah Puan Atikah Moktar yang kini menetap di Terengganu. Puan Atikah merupakan seorang guru Sains dan Matematik. Kemunculan beliau pada malam itu, yang tampil bersama aura muslimah seorang guru dan ibu kepada 2 orang cahayamata membuatkan presiden exSMMB menjadi kelu seribu bahasa. Bukan main serius lagi muka dia dalam foto Facebook. Hihihi....

Begitulah kita semua. Setelah sekian lama tidak bersua, perjalanan hidup, matlamat dan perjuangan membuatkan kita semua menjadi lebih dewasa. Dan Alhamdulilah, semua menjurus kepada kebaikan. InsyaAllah.

Rakan-rakan lain yang hadir pada malam itu ialah Amiszan, Nazaruddin, Fuad Abdullah, Khirzon, Azizah, Shasha, Oshin, Junaidi, Ahmad Din (lembek), Kamaludin Katan dan Zulkarnain.

3 ulasan:

  1. Bukan kelu lagi bila tgk dia.mcm x percaya.siap gosok mata tu.air liur da x tau berapa kali tertelan.tapikan aku betul2 tabik dgn atikani.wanita muslimah terakhir

    BalasPadam
  2. Eleh...Presiden nampak Atikah je muslimah...Aku ngan sham pun baik gak ler..Don't judge the book by it cover bro..Tapi memang Atikah dah berubah..

    BalasPadam
  3. Yg lain bukan x nampak,nampak cuma makcikni ketara skit.apa pun kita ni semua hampir tua.tapi blom lagi.hampirje.blom terlambat nak bertaubat tapi ada masa kalau nak geli2.hehehehehe

    BalasPadam