Ahad, 30 Ogos 2009
Lagu Kenangan SMMB 1
Setiap kali balik dari sekolah, kalau tak silap aku hari Isnin, radio Singapore ada rancangan 'Pop Rock' bersama Deejay Adnan Masuan yang memutarkan lagu-lagu Rock baru dan cerita pasal band-band Rock masa tu. Ingat lagi aku Intro pembukaan rancangan tu...
Anda Mau Rock.. Baiklah.. Ini dia... 'Pop Rock'....
Sebagai pembukaan terimalah sebuah lagu kenangan dari Kumpulan Junction yang berjudul Tak Mungkin Lagi. Bersama penyanyinya Hatta. Yearghhhh! Rock Kapak!
Jenama Kasut Sekolah Anda
Sabtu, 29 Ogos 2009
Unexpected Guest (Roger is back)
Kamu semua ni budak sekolah Majidee ker? tanya cikgu Roger. Beliau terkejut dan bangga bila Presiden kita mengatakan ya. Bangganya bukan kerana kita telah menjadi Engineer, Doktor atau Lawyer, tapi bangganya beliau kerana kita masih hormat dan kenal padanya. Walaupun dulu ada yang pernah kena rotan dan sepak dengannya. Namun masih lagi mahu menegur sapa. Pesanannya sebelum beredar dari situ "Jangan lupa Jemput saya bila buat Reunion nanti, Saya nak cepat ni, saya nak tengok game Liverpool vs Bolton".
Digital Kamera - Sedikit Panduan
Apa Khabar semua? Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan. Sempena menjelang ketibaan Syawal, mungkin ramai di antara kita yang bercadang hendak membeli digital kamera. Lalu, tertanya-tanya kamera apa yang sesuai untuk dibeli. Maklumlah, di pasaran sekarang ni, terlalu banyak model yang hendak dipilih.
Kenapa Mesti Memiliki Kamera Digital?
Sejak dicipta, kamera adalah suatu medium yang sangat penting. Kerana kamera, kita dapat melihat gambaran tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas, serta boleh dikatakan ianya sangat penting dalam setiap aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, kalaulah tiada kamera, tiadalah gambar-gambar korang masa sekolah dulu. Dapat juga kita lihat kembali wajah kita 20 tahun lampau. Atau boleh mengambil gambar ahli keluarga pada bila-bila masa sahaja. Gempak dan kalau buat ReUnion nanti, puas hati bila tengok hasil gambar muka korang... Hebat bukan?
Kamera apa yang patut dibeli?
Sekarang ini kamera digital menguasai pasaran dan keperluan dunia. Secara dasarnya ada 2 jenis kamera yang biasa digunakan. Kamera 'compact' atau 'dslr'. Dan yang terbaru kamera handphone yang rata-rata semua tahu hasil gambar memang 'hampeh'. Jadi, lupakan kamera handphone.
Perbezaan Kamera Compact dan DSLR
Perbezaan ketara kedua-dua kamera ini selain dari saiz ialah dslr mempunyai sensor yang lebih besar di mana sensor yang besar akan menyebabkan hasil gambar lebih besar dan kualiti lebih baik. Sensor yang besar juga boleh menghasilkan efek blur pada subjek yang tidak masuk fokus. Satu lagi ialah dslr boleh di tukar lensa (lens) dari yang normal kepada zoom, telephoto (jarak jauh) dan wide angle (lensa yang sesuai ambil gambar dalam bilik yang sempit). Maknanya kalau sudah memiliki dslr, kita boleh membeli lens-lens yang lain pada masa akan datang.
Kamera compact memiliki sensor yang kecil. Jadi, 10Megapixel kamera compact masih tidak boleh melawan kualiti gambar 6Megapixel dslr.
Satu lagi kelebihan dslr ialah butang shutter yang maha laju. Maksudnya kita boleh mengambil gambar dengan pantas dan berulang-ulang kali pada setiap detik yang kita mahu. Berbanding compact yang mengambil sedikit masa sebelum kita dapat menekan butang shutter dan akibatnya saat yang kita perlukan sudah terlepas. Dslr juga boleh mengambil sehingga 3 gambar dalam masa 1 saat. Malah ada yang boleh sehingga 10 gambar.
Jadi apakah kelebihan kamera compact?
Lagi mau tanya ka? Sebab kecik la.. Ringkas, mudah dan praktis. Boleh letak dalam poket dan mudah dibawa ke mana-mana. Itu saja.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini, anda tidak akan mendapat semua yang anda inginkan. Buat masa ini tidak ada kamera compact yang memiliki kehebatan dslr. Terbaru cuba diketengahkan ialah Olympus Pen. Itupun RM4000 lebih. Anda kena membuat pilihan berdasarkan keperluan dan budget. Tetapi sekiranya anda mempunyai budget sehingga RM1600, anda sudah boleh memiliki dslr yang mempunyai kualiti gambar dan fungsi yang hebat. Kalau di KL ni, ramai yang membeli 2nd Hand dengan harga RM800 - RM1000.
Simpanlah gambar yang berkualiti untuk kenangan akan datang!
Jumaat, 28 Ogos 2009
Aktiviti Mingguan
Daripada tidak tahu pasal IT, sekarang ramai alumni SMMB dah ada email, Facebook malah blog peribadi yang 'gempak'. Jealous juga tengok ada yang membawa 'Laptop' canggih-manggih.
Hebat!! hebat!!
Hendak dijadikan cerita. Perjumpaan semalam di tempat 'favorites' En Mahasir (Presiden) Restoran Aliff, sedang memasing syok beborak serta 'update' blog dan FB (Facebook) berlakulah 'blackout' selama sejam. Kalau dulu, tiada 'wifi' masing-masing 'steady' jer, sekarang dah pandai mengeluh, ada yang ajak pindah ke restoran lain. Tapi presiden dan timbalannya tetap mempertahankan tempat kegemarannya itu..Almaklumlah mereka berdarah 'mamak'.
Di sini saya menunjukkan bukti kesetiaan beliau.
Lirik Lagu Sekolah SMMB
Di atas permintaan ramai..termasuk Presiden dan Timbalannya..
Dengan ini saya memuat turun lirik lagu sekolah (SMMB)
Berilmu, berbahasa, berjasa,
Itulah cogankatanya
Amalkan sentiasa untuk cita-cita,
Sekolah Majidi Baru ini
Muridnya putera puteri,
Ikrar serta janji murni tetapkan terbukti
Dalam bidang pelajaran,
Kami takkan abaikan
Kebudayaan dan dan bidang sukan,
Kamikan jayakan
Kepada ibubapa dan guru yang tercinta,
Kami takkan lupa segala jasa mereka
Didikan guru mulia,
Berjasa pada nusa
Taat kepada Raja dan Rukun Negara,
Ikrar kami kepada negara
Menjadi rakyat berguna
Berilmu dan berbahasa.
Khidmat untuk nusa.
Diharap semua berdiri tegak dan nyanyikan dengan penuh semangat. Insyallah..pada masa akan datang..saya akan memuat turun Versi video nyayian berduet Tuan Presiden kita dan Timbalannya menyanyikan lagu SMMB. Sesama kita mendengar kelunakan suara mereka nanti.
Thank You to Mr Nazaruddin Bijan
Barisan Belakang dari Kiri : Arwah Ramlan Salam, Saiful, Raja Nazaruddin, Amiszan, Rejabullah, Mahasir, Nazaruddin, Ismail, Fizul, Sazali,
Barisan Tengah dari Kiri : Ishak, Hisham, Rosma, Marina, Suria, Norliyati, Rosma Jupri, Lupa, Hasnah, Zawiyah, Johar, Khairul salleh
Barisan Hadapan dari kiri : Haslinda, Sumini Solatin, Jorina, Razikin, Ustazah, Norhayati, Zainon, Lupa, Rohana.
Terimakasih kepada En Nazaruddin Bijan kerana sudi memberi gambar simpananya untuk tatapan kita semua. Ribuan maaf kerana ada nama yang saya lupa. Jika ada sesiapa yang ingat bolehlah memberitahu saya atau En Hisham Salmin.
Kepada yg beragama islam sedekahkanlan Al-Fatihah kepada Arwah En Ramlan Salam. Member rapat tu masa 3 Orkid duduk kat belakang.
Khamis, 27 Ogos 2009
Antara Kita
Lagi koleksi foto dari Saudara Junaidi...
Rasanya foto-foto di atas diambil sekitar 1989-1990. Tahun-tahun akhir persekolahan. Kalau ada sesiapa yang boleh berikan nama-nama mereka di dalam gambar, silalah berbuat demikian.
Kalau tak silap pada gambar atas, mamat yang paling tinggi sekali ialah Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great. Di mana dia sekarang? Begitu juga dengan Amin, yang menurut Mahasir adalah antara mereka yang memberi idea untuk projek exSMMB ini. Di manakah?
Persatuan Pengakap SKMB
Hisham Salmin: Tingkatan 3, 4 dan 5
"Apabila melihat foto-foto ini, ingatan aku kembali segar pada kawan-kawan semua, walaupun detik-detik persekolah dulu semakin pudar. Tapi sekurang-kurangnya ini ialah bukti persahabatan yang pernah terjalin antara aku dan semua yang ada dalam gambar ni. Tapi di manakah diaorang semua... Oh... "
Hisham mengeluh sambil melontarkan pandangannya pada sekumpulan burung yang terbang berkawan melepasi tasik di hadapan dia berdiri. Tiba-tiba seorang lelaki yang kelihatan seperti mat rempit menghampirinya. "Bang.. ada api?"
Tamat...
Rabu, 26 Ogos 2009
Logo SMMB
Mengamit kenangan pahit manis zaman persekolahan.Logo yang telah menjadi kenangan.Dah tak ada lagi kat depan pagar sekolah.Semuanya telah berubah tapi bagi kita semua ianya menyimpan seribu kenangan.Dari situla kita semua telah berjaya menjadi seseorang yang berguna kepada keluarga,bangsa,agama,dan negara.
PENGERTIAN WARNA:
- Warna kuning melambangkan negeri Johor bernaung di bawah kedaulatan Sultan Johor di mana SMMB bertapak
- Warna biru Johor melambangkan perpaduan pelajar-pelajar SMMB
- Warna merah melambangkan keberanian pelajar SMMB
PENGERTIAN LAMBANG:
- Harimau yang berdiri dengan gagah bewarna kuning diraja sebagai lambang negeri Johor.
- Obor merah darah melambangkan pendukungnya:"M" bermaksud Menengah"M" bermaksud Majidi
- Perkataan merah melambangkan unsur Islam
- Jalur-jalur merah berbelang kuning melambangkan buku
- Awan larat bermaksud biru Johor melambangkan kesenian sebagai sesuatu unsur keindahan rohani dan jasmaniCOGAN KATA:"Berilmu, Berbahasa, Berjasa" melambangkan harapan SMMB yang jelas terkandung dalam Lagu Sekolah dan Ikrar Pelajar
Sumber dari blog senior(exsmmb worldwide).
PUASA MEMBERI KEKUATAN DALAMAN
Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.
Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.
Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa
Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami
Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri
DR. MASHITAH IBRAHIM
Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Selamat Berpuasa
Selasa, 25 Ogos 2009
SKMB - Foto 25 Tahun Lampau
Berdiri Lelaki: Norhisham, Amran, Hisham Salmin, Azlin, Lupa, Rahim, Musbah, Rashidi, Nizam Salleh, Faizal Suhil, Amiszan, Ridzuan, Zamri (Botak), Lupa, Suhaimi, Norhisham, Aziz
Berdiri Perempuan: Lupa kecuali Og dan Zarita Tohet
Duduk: Linda, Lupa, Emelda, Rahimah, Salmiah, Cikgu Muhammad, Ishak, Ali, Hishamudin Yahya (Bond), Junaidi Latiff dan Norhisham Malik.
Comel gila korang...
Ucaptama Presiden exSMMB 1986-1990
Apa khabar semua!!Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat bersua kembali setelah 20 tahun kita terpisah apabila tamatnya alam persekolahan.Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan semua kerana susah payah anda semua untuk menghadirkan diri pada perjumpaan yg telah diadakan di tasek merdeka (JB katering). Terima Kasih semua! Dengan kehadiran semua secara tidak langsung terciptanya blog ini untuk kita sama-sama bekongsi cerita kisah silam yang mana sentiasa terpahat di ingatan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Hisham Salmin kerana tanpa usaha gigih beliau mungkin blog yg serupa ini tidak dapat kita tatap dan kongsi bersama.
Idea mengumpulkan rakan2 semua telah lama saya ingin lakukan tetapi dengan keadaan kerja dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun sukar, idea ini dapat juga dilakukan secara perlahan-lahan. Berkat sokongan saudara Azmin dan Nizam Salleh yang banyak membantu mencari rakan-rakan yang bertaburan, Alhamdulillah dapat juga disempurnakan walaupun tidak semua yang dapat dikumpulkan.TQ BRO... Bukan mudah untuk menjejaki rakan-rakan lama kita. Ianya memakan masa lebih dari 2 bulan untuk mengumpulkan seberapa ramai yang boleh. Saya tidak menyangka usaha yang pada mula saya anggap membuang masa mendatangkan hasil yang amat mengembirakan hati dan perasaan. Rasa teramat rindu sentiasa bermain difikiran bila mengenangkan saat-saat manis waktu persekolahan. SWEET MEMORY.
Bila dikenang kembali nostalgia di alam persekolahan timbul semua kenangan yg mengusik jiwa. Kena rotan, berdiri dalam kelas, bergaduh, mengusik rakan-rakan terutama rakan lelaki mengusik perempuan. Ada yang menangis, ada yg kena penendang (sapa la tu), macam-macam, tak kurang juga skandal-skandal antara pelajar lelaki dgn perempuan. Si A dengan si B, surat cinta kantoi dengan cikgu, ermmmmmm. Tergelak sendiri. Tapi saya ingatkan pada rakan-rakan semua tujuan di adakan jejak kasih ini hanyala melepaskan rindu saja tau. Lebih-lebih........JANGAN. Masing-masing sudah mempunyai keluarga. Jadi mana yg masih ada lagi perasaan tu simpan-simpan jela. Kalau di izinkan untuk di adakan lagi perjumpaan seumpama ini jangan pulak sombong.Tegur pasangan masing-masing.Tegur je tau. Kalau nak jeling pastikan pasangan kt sebelah tak nampak. Hehehehehe. Yang lain simpan je dalam hati. Jadikan ianya sebagai satu kenangan terindah yang pernah terpahat di hati. Nasib baik saya bertemu jodoh dengan sealiran. Jadi tak payahla susah-susah nak menjeling ke, kenyit mata ke, selamat aku.
Selain dari itu tujuan saya mengumpulkan semua adalah untuk berkongsi-kongsi idea, cerita dan perniagaan yang mana ada di antara rakan-rakan kita telah membuka perniagaan sendiri. Secara tidak langsung kita membuka jalan yang lebih luas untuk rakan-rakan memgembangkan perniagaan masing-masing.Yang mana buat SALESke, MLMke, edar-edarkan la business masing-masing ye.
Sampai disini saja untuk kali ini. Panjang lagi kalau nak cerita. Tapi takpe, kita berjumpa di episod akan datang. Pada sesiapa ingin mengetahui rakan-rakan, bolela anda cari di dalam blog ini yg telah disediakan oleh saudara Hisham. Untuk pengetahuan semua saya mempunyai lebih kurang 65 senarai no hp rakan-rakan kita. Jadi pada sesiapa yang ingin mencari rakan yang tiada di dalam senarai yang disediakan oleh saudara Hisham, bolehlah hubungi saya di talian hayat ini. 019 7747473 dan 019 7987758.
Sekian saja untuk kali ini.sekian terima kasih
Love u all, Love SMMB.
Mahasir
Ucapan Timbalan Presiden
Kepada semua sahabat-sahabat yang diingati dan di kasihi. Saya Mohd Khirzon Bin Abu Bakar. Anda kenal saya kan? Saya rasa syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang utk memberikan sepatah ucapan di dalam blog ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf seandainya ucapan saya nanti akan menyinggungkan hati dan perasaan kawan-kawan semua. Ribuan terima kasih saya ucapkan pada tuan presiden kita kerana memberi galakan untuk saya menyampaikan sepatah dua kata kepada sahabat-sahabat yg sentiasa dirindui.
Saya telah mempunyai keluarga yg sederhana besarnya. Alhamdulillah saya telah dipertemukan jodoh dengan seorang saudara baru dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun saya telah dikurniaan 2 orang putera dan ada setengah lagi yg belum di ketahui jantinanya. Umum mengetahui saya mempunyai... ?? Tapi mungkin tiada jodoh antara kami. Biasala cinta monyet. Bergayut-gayut akhirnya jatuh ditanah jua. Kelepuk bunyinya... Hehehehehe. Tapi itu semua kenangan lama. Diharap yang berkenaan janganlah tersinggung ataupun berkecil hati. Lumrah kehidupan tak sentiasanya berakhir dengan kegembiraan. Walaubagaimana pun saya sentiasa berdoa agar sidia bahagia hingga keakhir hayat.
Diketelanjuran ini saya meminta maaf pada rakan-rakan yang mana saya ada terkasar dari segi perbuatan ataupun perkataan maafkan saya seandainya berlaku. Mana yang saya terhutang... jangan malu-malu kalau nak minta balik. Buang tebiat ke aku ni. Hehehehehehehe. Kepada rakan-rakan yang tidak pernah bersua, kalau terserempak tu janganlah malu-malu nak tegur. Saya masih macam dulu lagi. Giler-giler. Dan pada rakan-rakan yang kalau-kalau nak pegi karaoke tu janganlah lupa nak pelawa saya ye. Yeeghhhhh-yeeghhhhhh (bandi amuk style). Ini pun dah tua-tua baru nak kemaruk menyanyi. Jangan fikir yg bukan-bukan ye. Nyanyi je. GRO?........... NO!!!!!...................yes!!!!!!. Hahahahahaaha. Saya kenal sapa yg kaki tu tapi biarla jadi rahsia. Yoyoyoyo. Jangan marah ye bapak presiden. Itupun sebulan skali supaya key tak lari. Ewahhhhhhh!!!!. Amcm presiden ada berani!!
Saya rasa cukuplah sampai disini saja ucapan aluan saya untuk kali ini. Ada masa dan idea saya akan keudara lagi. Saya sudahi dengan ucapan I MISS U ALL.
Wassalam.
Khirzon
Menyambut Rakan Lama - Puan Atikah Moktar
Perjumpaan pada malam minggu lepas dirasakan lebih seronok dan bermakna kerana menyambut kehadiran seorang lagi sahabat yang istimewa. Beliau ialah Puan Atikah Moktar yang kini menetap di Terengganu. Puan Atikah merupakan seorang guru Sains dan Matematik. Kemunculan beliau pada malam itu, yang tampil bersama aura muslimah seorang guru dan ibu kepada 2 orang cahayamata membuatkan presiden exSMMB menjadi kelu seribu bahasa. Bukan main serius lagi muka dia dalam foto Facebook. Hihihi....
Begitulah kita semua. Setelah sekian lama tidak bersua, perjalanan hidup, matlamat dan perjuangan membuatkan kita semua menjadi lebih dewasa. Dan Alhamdulilah, semua menjurus kepada kebaikan. InsyaAllah.
Rakan-rakan lain yang hadir pada malam itu ialah Amiszan, Nazaruddin, Fuad Abdullah, Khirzon, Azizah, Shasha, Oshin, Junaidi, Ahmad Din (lembek), Kamaludin Katan dan Zulkarnain.
Isnin, 24 Ogos 2009
Ahad, 23 Ogos 2009
From Saudi Arabia with LOVE...
Dari kiri: Hambali, Shukri, Sulaiman, Zulkarnain, Basu, Zulkarnain, Lupa Nama, Hashim Abu, Lupa Nama, Junaidi Latiff, Lupa Nama. Tengah: Amiruddin, Lupa Nama, Norhisham Tumpang, Lupa Nama, Atikah Moktar, Lupa Nama,.... Duduk: Fadilah, Break, Rahimah Abu Bakar, Hisham Salmin, Cikgu Mashitoh, Maznah, Lupa, Lupa , Lupa.
Sahabat-sahabat lain yang telah kita temui di dalam gambar ini ialah Puan Rahimah sendiri (walaupun belum bersua muka), Hashim Abu, Junaidi Latiff dan Puan Atikah.
Foto lain akan menyusul nanti...
Jumaat, 21 Ogos 2009
SMMB bertukar nama kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail
Tapi siapakah Tun Syed Nasir Ismail?
Beliau mula berkhidmat dengan Pejabat Pelajaran Johor sebagai penolong nazir sekolah-sekolah Melayu di Batu Pahat, dari tahun 1942 hingga tahun 1949. Antara tahun 1949 hingga 1955, beliau telah berkhidmat sebagai nazir sekolah Melayu negeri Johor dan mulai bulan Februari 1956, beliau menyandang jawatan Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan.
Beliau kemudian telah dilantik menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957, menggantikan tempat Profesor Diraja Ungku Aziz. Cerita lanjut di sini.
Sesiapa yang tahu lebih lanjut tentang perkara ini, bolehlah beri maklumat. Walaupun sedih tentang hal pertukaran nama sekolah kita ini, janganlah tuan puan risau. Kita semua tetap SMMB. Yeaayeaaagghhh! (Ikut style Bandi Amok)
Khamis, 20 Ogos 2009
Senarai Nama exSMMB 1986-1990
Atas permintaan seorang rakan kita (Nor Hayati Haron) meminta supaya senarai nama mereka-mereka yang hadir pada malam perjumpaan ReUnion Tasik Merdeka disiarkan dalam blog ini, maka ianya telah dipertimbangkan. Mmmm... Cadangan yang baik juga. Cara yang terbaik ialah kepada siapa-siapa yang ingin mendapatkan senarai nama mereka-mereka ini, anda boleh klik pada link di bawah. Untuk pengetahuan semua, hanya senarai nama, tempat tinggal dan email sahaja yang disertakan. Hubungi kawan-kawan yang lain yang anda kenal untuk no. telefon.
Klik di sini untuk senarai exSMMB 1986-1990
Rabu, 19 Ogos 2009
Lagi Gambar Kenangan
Semua foto adalah koleksi Puan Rahimah Muhamad
Gambar Kenangan Tingkatan 4 Perdagangan 1
Klik di sini untuk ke blog Puan Rahimah.
Selasa, 18 Ogos 2009
Perjumpaan Pertama Selepas 20 Tahun
Perjumpaan pertama bekas pelajar SKMB-SMMB yang lahir pada tahun 1973 telah diadakan di Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru pada Sabtu, 15 Ogos 2009. Perjumpaan yang telah diatur lebih dari 2 bulan berjaya mempertemukan seramai 32 orang kawan-kawan lama yang kini masing-masing berusia 36 tahun. Sudah beranak-pinak, bersuami dan beristeri-isteri-isteri.
Nostalgik
Perjumpaan ini dibuat selepas 20 tahun meninggalkan bangku sekolah menengah iaitu pada tahun 1990. Selepas tamat SPM, selepas turunkan tandatangan pada baju sekolah masing-masing... kebanyakan dari kita mencari haluan sendiri. Ada yang melanjutkan pangajian ke peringkat tinggi dan tidak kurang juga yang menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Ramai juga yang telah keluar awal dari SMMB selepas tamat tingkatan 3 untuk ke Vokasional atau sekolah asrama penuh. Walau apa pun, kita semua selepas itu, berusaha untuk kehidupan yang lebih baik selepas mendapat pendidikan dari cikgu-cikgu sekolah kita yang tersayang.
Idea
Perjumpaan sebegini sebenarnya tidaklah sukar untuk dibuat. Tetapi cabaran paling besar ialah untuk mencari seramai mungkin bekas kawan-kawan lama kita yang sudah berpuluh tahun tidak pernah didengar khabar berita. Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada beberapa orang sahabat kita yang sudi meluangkan masa dan tenaga mereka untuk mencari dan mengumpulkan kita semua pada malam itu. Mereka ialah Saudara Mahasir, Azmin dan Nizam. Mujurlah teknologi canggih dan dunia internet kini banyak membantu. Terima Kasih kepada Yahudi yang banyak mencipta kemudahan untuk kita.
Malam 15 Ogos
Malam perjumpaan yang berlangsung sehingga pukul 12 malam tidak putus dengan senyuman mesra dan hilai tawa dari semua yang sudah lama memendam rindu. Masakan tidak, setelah 20 tahun berlalu... dan mungkin ada yang sudah membuangnya... tiba-tiba zaman persekolahan dulu masih berlaku pada usia sebegini. Rasanya bagaikan mimpi yang pulang. Dapat menatap wajah sahabat lama yang selama ini mungkin tidak terbayang oleh kita. Ada yang masih seperti 20 tahun dulu walaupun sedikit perubahan pada perut, tidak kurang juga yang sudah seperti orang lain. Terutama Saudara Fadil (Tok Siak) yang betul-betul sudah berubah. Tiada lagi lesung pipit comel. Sesungguhnya kami bersyukur padamu Allah kerana memberikan kesempatan ini. Mempertemukan kami dengan sahabat-sahabat lama.
Antara yang hadir pada malam itu ialah Saudara Mahasir yang telah dilantik sebagai Presiden ExSMMB 1986-1990, Saudara Khirzon sebagai Timbalan beliau dan Linda sebagai Bendahari. Lain-lain ialah Nizam Salleh, Junaidi Latip, Zulkarnain, Nazaruddin, Hisham Maarof, Amiszan Adam, Hisham Salmin, Fadil Tok Siak, Fuad Abdullah, Rashidi, Hashim Abu, Kamarulzaman, Ali, Sufyan, Shasha, Pian, Azizah, Norazah, Rahimah, Siti, Ellen @ Saira, Zainon, Oshin, Og dan 2 orang wanita yang... lupa la nama...
Kebanyakan yang hadir pada malam itu ialah rakan-rakan yang masih bermastautin di Johor Bahru. Orang Johor betul la korang ni... Hanya Hisham Salmin dan Fuad Abdullah sahaja yang kini telah menetap di Kuala Lumpur.
Semoga perjumpaan (REUNION) seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang dan diharapkan dapat dihadiri rakan-rakan kita yang lain yang kini entah di mana mereka berada. Walau apa pun, semoga tali persahabatan akan terus erat kekal sehingga ke akhir hayat.