Sabtu, 12 September 2009

Ucapan Raya...

Raya dah nak dekat!... Tinggal beberapa hari je lagi Syawal akan muncul menggantikan Ramadan. Blog ni pun terasa macam sunyi je... Maklumlah, korang semua dalam kepala dah ingat nak cuti raya je... Hihi...

Kepada semua pengunjung blog exSMMB yang dihormati... Anda dijemput untuk menyampaikan mesej ucapan Raya anda di bahagian 'comment'. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Ingatlah... puasa yang cemerlang akan pasti mengakibatkan raya yang cemerlang!

17 ulasan:

  1. aku la mula kan....yg lain tu byk dosa sbb tu x brani mintak maaf....

    BalasPadam
  2. sempena hari baik bln baik ni...aku igin memohon seribu keampunan atas segala kesilapan yg sengaja atau x sengaja atau mmg dibuat!!!! maklom la dr zaman sklh smpi skrg...klo di kumpul2 mesti dah berkarat agaknye....sesape yg ada tersinggung atau ter...ape2 la....aku mintak maaf ye...dari hujung rambut hingga hujung kaki...semoga persahabatan kita berkekalan hingga hujung nyawa...semoga raya ini kita semua dilindungi Allh...and last skali...sape2 sudi..dtg la raya uma aku...

    BalasPadam
  3. aKAn beRLabUh tiRai raMadHaN,
    kiAN haMPir laMBaiAn syAwaL,
    ucAPaaN kU hULur beRMaaf-mAaFan,
    erAtKan siLatULraHim sEsaMA iNsaN... ewahhhh..

    Sempena ketibaan syawal yg mulia x lama lagi, chek mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri & maaf zahir batin kpd sumer member & pengguna blog exSMMB ini, chek memohon ampun & maaf andai ade terkasar bahasa & tersilap kata semasa menggunakan blog ini sehingga menganggu & menyinggung perasaan pengguna lain sama ade dgn sengaja atw x. Harap U all maaf kn....

    Semoga kalian di cucuri rahmat dr allah s.w.t. Amin.... Salam lebaran dari OWw

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Kutanam benih
    di halaman hatimu
    Kusiram dan kurawat
    agar tumbuh dan berbunga
    kupetik dan kurendam
    menjadi air bunga
    yang aromanya meniru wangi surga
    Lalu kuciduk untuk membasuh hatimu
    dari kotoran-kotoran dosaku
    dan mengusir bau busuk perlakuan burukku
    dan menggantinya dengan aroma wangi
    ketulusanmu memaafkan diriku.

    Selamat Hari Raya Idul Fitri
    Mohon Maaf Lahir dan Batin

    BalasPadam
  6. selamat hari raya,maaf zahir dan batin utk semua.

    BalasPadam
  7. KEPADA SEMUA MULIMIN DAN MUSLIMAT EXSMMB,SEMOGA KETIBAAN BULAN YANG MULIA INI,SAYA SEKELUARGA MEMOHON MAAF ANDAINYA ADA SALAH DAN SILAP YG DISEDARI ATAU TANPA DISEDARI,HARAP KEMAAFAN INI DIAMPUNKAN.
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada sahabat handai yg mengenali diri ini. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Dari - Yati & Family..Sape2 yg ada kat Majidi tu bagi tahu k. Aku tahun ni Raya kat Majidi & tahun2 yg seterusnya..hehehhe

    BalasPadam
  9. Salam,

    Tahun ni raya pertama, aku raya kat Kg. Bendahara. Hari raya ke-2 aku ke rumah mertua di Kuching. Hari raya ke ke 7 & 8, aku ada kat Kg. Bendahara semula. Siapa-siapa yang nak buat Open House tu, buat la masa raya ke 7 atau 8. Boleh la aku datang... InsyaAllah kalau korang jemput...

    Aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya' pada semua exSMMB yang kenal aku. Semoga korang semua sentiasa bahagia dan gembira. Lebih-lebih lagi masa raya nanti. Jangan sampai tak 'hengat' dunia pulak kalau beraya tu... Mana la tau.. dah jadi mak bapak ni, perangai ngalahkan anak yang beraya... hihi..

    Ingatlah, ketupat itu kalau tak ada orang yang anyam dan rebus, jangan harap la korang dapat makan masa raya nanti.

    Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
  10. Saya dan keluarga di Kuantan, Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maafkan salah dan silap yang pernah dilakukan pada sesiapa yang mengenali saya. Jemput ke rumah kalau singgah di Kuantan. Tahun ni raya sini dulu, raya kedua atau ketiga baru ke JB (Plentong Baru). Salam...

    BalasPadam
  11. org lain semua senang kalau nak maafkan.cuma sorgje.OWw.mcmana nak maafkan kalau x kenal sapa orgnya.kan kan kan.mana tau bnyk dosake.kena fikir dlm2 dlm maaf memaafkan ni.hihihihi.im sori OWw

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya pada semua alumni exsmmb(presiden, vice presiden, bendahari, setiausaha, ajk & admin blog ni) Maaf Zahir Batin untuk tahun ni dan tahun akan datang.

    Terimakasih diucapkan kepada semua kerana sudi memeriahkan blog ni. Kepada yang menyumbangkan gambar, puisi, syair, cerpen ke, terimakasih diucapkan.

    Kepada sesiapa yang buat Rumah Terbuka jangan lupalah menjemput kekawan kita disini. Yang pulang ke kampung tu berhati-hati memandu di jalan raya.

    Sesiapa yang dah gaji dan dapat bonus tu, jangan lupalah bayar zakat fitrah ya. Semoga Allah memurahkan rezeki kita.

    Akhir sekali jangan lupa SMS presiden kita samada setuju atau tidak diadakan Jamuan Hari Raya untuk alumni exsmmb.

    Kepada yang ingin memberi sokongan kepada Team Presiden & Vice Presiden (Bowling Tournement) Jumaat ni, Boleh ler datang.. Sembahyang ler Terawih dulu ya baru datang.

    BalasPadam
  13. fuhhhh dlm ucapan raya tu ada gak selit iklan bowling.promote nmpak.hihihihi

    BalasPadam
  14. Salam....

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua yang mengenali dan juga kepada yg baru mengenali diri ini (haha).

    Mohon ampun seandainya terdapat salah dan silap dari segi tutur kata atau perbuatan yg disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang kita berkawan.

    Yati...aku pon raya kat majidi....leh ler tuko2 lauk raya nanti...

    Raya....raya juga....diet jangan lupa....kalo makan tu ingat2...takot nanti baru seminggu raya baju baru da x muat....hehe...

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 Ex-SMMB sama ada yg kenal atau tidak. Manalah tau dulu-dulu ada tergeliat lidah ke, terkecil hati ke harap dimaafkan.

    Hari Raya jemputlah datang rumah tapi kena calling-calling dulu sbb kami sekeluarga tak duduk diam di rumah. Suka berziarah.

    Terima Kasih dari Rosmawati Rahmat & Keluarga

    BalasPadam
  16. Nyimpen Jenang Nang Jero Tin,
    Arek Digawo mareng suro,
    Keluputan kulo lahir Batin,
    Salah silap njalok ngapura.

    BalasPadam