Selasa, 8 September 2009

Biodata Geng exSMMB semakin bertambah!

Salam,

Semoga semua rakan-rakan exSMMb sentiasa hidup dalam kebahagiaan dan dirahmati Allah disamping mereka-mereka yang tersayang.

Alhamdulillah... Belum pun sebulan blog exSMMB ini wujud, tujuan dam matlamatnya hadir di dalam dunia maya, semakin memberi erti. Kehadiran seorang demi seorang rakan-rakan kita yang telah lama menghilang, memberi seribu makna, lalu kita terus bertemu di sini setiap hari walaupun tanpa melihat wajah dan mendengar suara. Syukur kepada Mu Gusti Allah.

Di sini... di blog exSMMB 1986-1990 ini, seboleh-bolehnya pihak AJK exSMMB yang diwakili oleh Presiden kita Encik Mahasir sentiasa berusaha untuk terus mengumpul dan mencari ramai lagi rakan-rakan kita yang lain yang kini entah di mana. Kerana itu setiap exSMMB 1986-1990 yang pernah melawat blog ini diminta untuk memberi biodata dan menceritakan sedikit kisah perjalanan hidup mereka selepas meninggalkan SMMB. Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi. Selain boleh bertanya khabar, kisah kita yang mungkin tidak seberapa bagi kita... tetapi terlalu ramai yang mungkin hendak tahu. Selain dari itu, mungkin ramai di antara rakan-rakan kita yang dahulu begitu akrab ingin menghubungi kita dan menjadi akrab kembali. Tentu banyak perkara yang hendak diceritakan dan banyak kisah yang hendak dikongsi bersama. Bukankah itu sesuatu yang baik dan indah.

Kepada yang telah menghantarkan biodata mereka, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi sesama kita. Perjalanan hidup kita, kadang-kadang bukanlah sehebat dan se'gah' orang lain dan itu juga bukanlah sesuatu yang penting di sini. Diusia begini, perjalanan hidup kita juga bukanlah setakat ini. Esok lusa... hanya Allah sahaja yang tahu.

Kepada anda yang baru melawat blog exSMMB ini, dan ingin mengetahui cerita tentang sahabat baik anda... Sila klik di sini.

8 ulasan:

  1. setiap kali ada cerita baru mesti kata2 mu penuh syahdu.bak puitis sejalur puisi,menusuk kalbu umpama rindu.chewahhhhh.wa cayala bro.lagi bro..............

    BalasPadam
  2. ye la..sham...ko ni pya ayat mmg sahdu...ko x cuba masok pertandingan karang puisi ker...mesti leh dpt 1sr prize!!!! nak tertido aku baca ayat2...ko...pehhhhh mesti masa bercinta dulu ko pndi tulis surat cinta kan..kan..kan...

    BalasPadam
  3. "Alhamdulillah... Belum pun sebulan blog exSMMB ini wujud, tujuan dam matlamatnya hadir di dalam dunia maya, semakin memberi erti. Kehadiran....."

    Tau x pe... Tapi aku dengar ade yg bersikap x pro nak DELETE Chat box, ape menda ar... Kalo nak CONTROL sgt x payah ar promote blog ni, simpan jwe bwt perkasam.... hua3

    BalasPadam
  4. Ya ke ada yang nak delete.. InsyaAllah tak. Kalau kita semua tau cara bagaimana nak gunakannya...

    BalasPadam
  5. Salam.... En. Hisham Salman,

    1- Tq for reply

    2- Kenapa RECENT COMMENTS di bahagian tepi blog ini tiada ?

    BalasPadam
  6. SuQe hATI aR berkata...

    Tau x pe... Tapi aku dengar ade yg bersikap x pro nak DELETE Chat box, ape menda ar... Kalo nak CONTROL sgt x payah ar promote blog ni, simpan jwe bwt perkasam.... hua3

    Salam SuQe hATI aR..
    Adalah menjadi t'jwb admin utk menjaga suasana keselesaan di sini. Jadi kalau x nak kena delete, fikirlah dulu sebelum tulis ya..
    Maaf kpd yg tersinggung.
    Cadangan & pandangan adalah dialu-alukan.

    BalasPadam
  7. Recent Comment tak ada? Ada.. Itu la widget penting untuk semua pengikut blog ni mengikuti perkembangan di sini.

    SuQe hATI aR...

    Terima Kasih di atas perhatian.

    BalasPadam
  8. Utk pengetahuan semua itu cuma cadangan aje nak delete,selagi u all semua jaga tatasusila sebagai org islam,org melayu,penuh dgn sifat kesopanan insyaallah chat room tu sentiasa ada kt sebelah tu.xkan di delete.dan lagi 1 jika bole letaklan nama betul bila nak chat,at least bolela kita semua tanya kabar dan tau sapa yg ada kt situ.senangkan.mana tau ada rakan2 lama mcari......apapun terserah pada anda semua.Gunakan ia dgn sebaik2nya

    BalasPadam