Khamis, 3 September 2009

Perjumpaan Raya exSMMB

Foto sekadar promosi

Rentetan dari perjumpaan ReUnion exSMMB pertama yang telah diadakan di JB Catering Tasik Merdeka pada 15 Ogos lalu, kita berjaya berhubung dengan ramai lagi rakan-rakan kita yang berada di seluruh Malaysia sehinggalah ke Arab Saudi. Tentunya ini sesuatu perkembangan dan pencapaian yang baik dan sungguh mengharukan. Dan bagi kita semua, ianya sungguh bermakna.

Siapa sangka, kenangan lalu bukan sekadar kenangan lampau yang hanya tinggal sejarah. Kita berpeluang menikmatinya lagi walaupun dalam keadaan yang berbeza. Lebih bermakna dan lebih matang. Dan percayalah, selagi ikatan terus terjalin... selagi itu juga Dia akan sentiasa memberi rahmat untuk kita semua. InsyaAllah.

Jadi... lupakan tentang perkara yang 'sentimental' kerana kita akan teruskan ukwah ini dengan pelbagai lagi perkara yang lebih memberi makna.

Maaflah... Intro terlalu panjang... Maklumlah bulan Ramadan ni kan... Aura keinsafan itu sering mengulit jiwa. Hihi...

Ramai di kalangan sahabat-sahabat exSMMB meminta diadakan Perjumpaan Hari Raya sempena kehadiran Syawal tidak lama lagi. Justeru itu, Presiden exSMMB Saudara Mahasir memohon pandangan tuan-puan berhubung perkara ini. Setuju atau tidak... tuan-puan bolehlah menghantar sms ke talian hayat beliau di 0197747473 atau terus sahaja memberi komen di bawah. Segala keputusan di mana dan bila waktunya akan diberitahu kelak. Jangan lupa untuk sentiasa mengunjungi blog exSMMB ini untuk maklumat lanjut.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

30 ulasan:

  1. Tq bro.so pada sesapa yg baca artikel menyentuh jiwa diatas dapatla memberi respon ddlm ruangan ini ataupun sms saya ye.kerjasama tuan puan amat dihargai.sekian terima kasih.

    BalasPadam
  2. Weii jgnlah buat ujung2 raya. Kalu ujung2 raya mst korang wat ujung2 minggu. igat sikit kwn2 yg ddk jauhni. Ada jg org yg ddk pantai timur tau. Ujung minngu kt x sama. Kesianlah kat perantauni cam akuni.Dahlah first reunion x dpt joint. Ke... korang mmg x nak aku joint. Aku merajukni...

    BalasPadam
  3. Hihi.. sabar dulu... jangan merajuk ek... President kita akan memikirkan apa yang terbaik.. jangan risau. :)

    BalasPadam
  4. Huhu...ya lah rileks la tanpa nama...jgn la emosi...bwk2 bersabo...kalo gitu any suggestions???...

    BalasPadam
  5. Aku ada terima cadangan drp member kita..suruh buat kat 1 tempat, bawak kuih sorang sepinggan, datang dgn baju raya (baju kurung).
    Apa kata korang..

    BalasPadam
  6. mizan...kuih jew...kalo da smua bwk kuih jew ader muntah kuih smua makan tu jew...gud idea baju raya tu....wajib sbb baru nampak suasana raya

    BalasPadam
  7. Huhu...ya lah rileks la tanpa nama...jgn la emosi...bwk2 bersabo...kalo gitu any suggestions???...

    BalasPadam
  8. i say yess..tp raya ke-3 aku dh blk kl la..ad keje..so renung2kan...

    BalasPadam
  9. bt jer bila2 aku setuju jer....

    BalasPadam
  10. aku cadabgkan kita bt penghujung raya la...awal raya cam berebut sgt, sesape yg luar JB tu...awal raya blk, akhir raya blh la blk lagi..kan3...pastu bt ari sbtu..adil...smua negeri cuti..x de la yg majuk2 nnt..

    BalasPadam
  11. Aku setuju dengan Rahimah. InsyaAllah hujung raya nanti masih boleh balik JB... Yang penting di sini ialah tarikh je. Yang lain tu.. menu ke, tempat ke, bukan jadi soal...

    BalasPadam
  12. i say YEZZ for POP LUCK RAYE, insyaallah kita jumpa di lokasi dgn kuih raye & baju melayu.....tp raya ke-4 chek dh x ade di JB....:(

    BalasPadam
  13. alamak uols..POT LUCK raya x semesti nya korg bwk kuih raya jer..klu nk bwk rendang teloq ka..(nasi bwk ler sekali eyh..)sate ker ..mcD(makananan anak aku nih)..wat ever asal makanan lah beb..aku bg contoh eyh..klu hostess to MR PRESIDENT decided nk ala kampong..so masing2 bwk ler lauk pauk n hostess kena lah masak nasi n buat air..hukhukhuk..di yg selalu aku wat kat kl...

    BalasPadam
  14. ala ape yg u all nk susah2.... ape kata kita jumpa kat open house sultan johor lps solat raye d masjid sultan abu bakar... sumer ade... hua3

    BalasPadam
  15. Bagus cadangan.komen lagi.ni lagi 1.perjumpaan kalini nak soloke atau keluarga.komen lagi

    BalasPadam
  16. aiman x kesah...

    BalasPadam
  17. mr.P... solo atw family x masalah, yg penting sumer HAPPY RAYE :))

    BalasPadam
  18. ni asyik dok mengomen mana sms u all.aku nk budjet berapa org sbb ada senarai beberapa katering yg ada dlm tangan.so senang aku nak buat nnti.kerjasama anda amat di alu2kan.sms ye.taip yes or no je.seposenje.bknnya mahalkan

    BalasPadam
  19. assalamualaikum kepada tanpa nama & OWw sila beritahu butiran diri anda untuk mempermudahkan kerja PRESIDENT kita dan untuk perjumpaan hari raya nanti aku cadangkan pada akhir bulan syawal kerana pada awal raya kita sibuk dengan saudara mara dan jiran tetangga.aku harap agar perjumpaan ini nanti dapat mengeratkan lagi siratulrahim diantara kita sesama umat wassalam

    BalasPadam
  20. aku da sms presiden.u all bila lagi.tlg beri respon.sian presiden kang merajuk pulak haru kita.sapa nanti nk pujuk..tlg berikan satu cadangan atau idea2.tak sanggup aku tgk muka presiden berkerut dan bertambah bnyk janggut dia..

    BalasPadam
  21. Pasal potluck raya tukan... utk mengelakkan orang bawok mknan yag sama atau semua org bawok kuih samprit. aku cdgkan kita listkan senarai makan, kemudian coplah sapa nak bwk apa...

    Kpd Naib president...kalu nak raya rumah jiran, bila2pun buleh. Bukanke jirang mu duduk sebeloh rumohmu jeh....

    BalasPadam
  22. che tanpa nama..klu nk harap mr president yg le aku rasa balik2 menu kat ALIFF je lah yg di tulis..apa pon sapa2 yg nk bwk lauk pauk tulis jer kat sini senang semua org nampak...erm..tp..yg x update kat sini tuh nampak gaya mr. president ler yg akan bgtau sapa yg akan bawak apa kan....wat say u..aku nk masak "Burn Mashed Potatoes With Grilled Beef And Melted Chesse" apa tu???...bila org puteh beraya di JB...

    BalasPadam
  23. salam kpd mr.naib/P.... mentang2 chek ni kaum HAWA, x sabar2 nk suruh chek kenaikan diri. Gatai.... dh ade 1 tuan puteri x cukup kwe ?...

    One more mr.naib/P, kalu nak raya rumah jiran, bila2pun leh. Jirang hang kan duduk sebeloh umoh hang jeh..kwang3

    BalasPadam
  24. bukan gatai.da xde masa nak gatai.sibuk dgn family lagi pung kalau nak gatai pun xkan dgn u all.line x clear gitu hihihihii.cuma senangla kalau tau sapa OWw.lagi pung ramai nak tau sapa tu OWw.malu ke atau pun takut yg tut............tau sapa diri anda????????jawab2.

    BalasPadam
  25. OWw..bagi jer klu..biar dia org teka..Napa malu jadi diri sendiri ker..huhuhu

    BalasPadam
  26. apa la kau org ni gaduh pasal makanan.x payah susah2.bawk duit je,taula aku mcmana nk adjustkan.kalau buat jamuan hari raya da tentula ketupat ,lemang,rendang semua ada.x yh pening2.pokoknya ongkos sediakan secukupnya.satel...........

    BalasPadam
  27. mr.president..klu takat nk mkn mcm tuh mmg lah kat ALIFF pon ada kan..tp..keseronokkan kwn2 mkn air tangan kwn2 tu yg susah nk cr..wat say u..

    BalasPadam
  28. Up to u la kalau ada sesapa nak bwk.i no hal cuma i xnk susahkan u all je.da kluar duit nk kluar kuihla itula inila.suka hati.sapa nak bwk,bwkla.sapa yg xnak bwk pun xpe tapi bayaran tetap sama ye.

    BalasPadam
  29. why not reunion raya kat rumah presiden mahasir pda raya pertama -eeh umah nkau kat mana eh? ..pohon mencadang

    BalasPadam