Jumaat, 11 September 2009

Tujuh Lekor Cup (EXSMMB Bowling Tournement)

DAIMAN BOWL
Perlawanan persahabatan di antara Alumni SMMB di adakan pada 11/09/09 jam 9.30 malam. Lepas solat Terawih. Entah sembahyang entah tidak dia orang ni. Selaku Presiden En Mahasir telah mewawarkan serta menjemput semua alumni SMMB untuk menyertainya di 'Facebook' beliau 3 hari sebelum.
En Nazaruddin anatara yang sibuk menguruskan peserta. Hebat beliau dengan mesin kira markah tu. Maklumlan pelanggan tetap 'Daiman Bowl'.
Sebelum perlawananan bermula. En Fuad peserta 'import' dari KL yang baru sahaja tiba JB petang itu juga. Sungguh komited betul dia.
Let's the battle begin!!!..Maaf cakap omputih lak..Peperangan bermula. Pasukan telah dibahagikan kepada 2, Iaitu 'Team Presiden' dan 'Team Vice Presiden'.

En Mahasir dan En Khirzon yang dah mula naik 'syok'

Antara 'posing' yang sempat dirakam. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Ini kerana kamera Jabatan Penerangan tertinggal di rumah (Fuad).

En Hashim datang memberi sokongan.
Tahniah kepada Team Presiden yang telah menjuarai pertandingan ini. Maaf tiada gambar Team Vice Presiden disini kerana menghormati keputusan pasukan beliau yang malu untuk bergambar (dah kalah malas nak bergambar). Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Berkemungkinan perlawanan semula akan diadakan (rematch) bagi menyahut cabaran dari Team Vice Presiden.
Di bulan Ramdhan tidak baik berjudi, tapi segala perbelanjaan makan dan minum di Restoran Kassim ditanggung oleh Team Vice Presiden. Terimakasih di atas sedekah jariah beliau. Semoga dimurahkan rezeki.

13 ulasan:

  1. Apa la orang kementerian tak bawak kamera... Angin betul aku tengok kualiti gambar. Guna la kamera kerajaan tu... Duit korang ada share kat situ...

    Apa pun tahniah kepada yang menang. Nanti kalau aku ada kat JB, nak ajak korang kira ok...

    BalasPadam
  2. Tahniah!...Tahniah! kat team Presiden...
    26hb nanti aku belanja makan, bagi yg kalah pun boleh join sekali....

    Betul arr sham ckp, gmbr kurang memuaskan...x terserlah kehandsomeman masing2....hihihi

    BalasPadam
  3. Team Naib Presiden saje kasi kalah sebab nak kasi muka kat tuan Presiden... Takut tuan presiden merajuk. Biasa First game..

    BalasPadam
  4. Biasalah..dah kalah macam² alasan..

    BalasPadam
  5. Tak puasa hati xpe.bole try lagi.kalau berani.hihihihihi.

    BalasPadam
  6. balik2 muka yg sama....x de ke kaum HAWA ari tu...aku igt ada la wakil...ish3 paakal je la aku gi terawih mlm tu...klo x ah tentu aku join gsme ni...n dah tentu smua kalah....wakaka...

    BalasPadam
  7. naper Mr. Hashim jgk penyokong jer....x cukup regu ker....x pe shim next time ko masok team aku...mesti kita menang pya,...jgn takut...

    BalasPadam
  8. mah jgn ckp je.kaum ibu di alu2kan dtg.lps raya ni memang nak buat perlawanan kaum ibu dgn kaum bapa.pastu suami n isteri.amcm.ada berani?

    BalasPadam
  9. Hashim, bowling ni tak main la dia... kalau golf tu boleh la cerita...

    BalasPadam
  10. Aku sampai lambat lg pun x cukup regu la beb...

    BalasPadam
  11. aku no hal.....nnt aku ajak oshin join team aku...sekali du baling bola....3 lorong pya bola jatuh smua tau.....ada brani....utk x mengecilkan ati shim..lps ni kita wat game golf plk eh....x gi padang...dlm ps2 pon jadik la....

    BalasPadam
  12. Hmmm...Hashim ko main golf yer..Ramadhan nie ada g padang jgk ker?

    BalasPadam
  13. Hashim...mungkin satu hr nanti kita boleh tee off sama..

    BalasPadam