Ahad, 27 September 2009
Majlis Rumah Terbuka Puan Rahimah Abu Bakar
Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Puan Rahimah Abu Bakar di Taman Megah Ria pada malam minggu lepas berlangsung dengan meriah. Ini ditambah lagi dengan kehadiran rakan-rakan exSMMB yang datang bersama keluarga masing-masing. Peluang berhari raya di tanah air pada tahun ini digunakan oleh Puan Rahimah dengan menghimpunkan beberapa orang rakan-rakan lama. Antara yang hadir ialah Presiden exSMMB Encik Mahasir bersama isteri, Puan Rosliza dan tiga orang anak serta timbalannya Encik Khirzon juga hadir bersama isteri dan dua orang anak mereka.
Turut hadir ialah Sairah, Linda, Oshin, Kamaruddin, Amiszan dan Hisham. Pada malam itu juga seorang lagi exSMMB muncul bersama keluarga. Beliau ialah Puan Norita, kakak ipar kepada Puan Rahimah.
Sabtu, 12 September 2009
Lagu Raya Khas buat orang Johor...
Khas buat exSMMB 1986-1990 dan seluruh umat Islam... Marilah kita berkongsi sebuah lagu raya dari penyanyi legenda S. Jibeng. Orang Johor ni...
Semoga Lebaran ini memberi pengertian yang lebih bermakna.
Semoga Lebaran ini memberi pengertian yang lebih bermakna.
Ucapan Raya...
Raya dah nak dekat!... Tinggal beberapa hari je lagi Syawal akan muncul menggantikan Ramadan. Blog ni pun terasa macam sunyi je... Maklumlah, korang semua dalam kepala dah ingat nak cuti raya je... Hihi...
Kepada semua pengunjung blog exSMMB yang dihormati... Anda dijemput untuk menyampaikan mesej ucapan Raya anda di bahagian 'comment'. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
Ingatlah... puasa yang cemerlang akan pasti mengakibatkan raya yang cemerlang!

Jumaat, 11 September 2009
Tujuh Lekor Cup (EXSMMB Bowling Tournement)
DAIMAN BOWL
Perlawanan persahabatan di antara Alumni SMMB di adakan pada 11/09/09 jam 9.30 malam. Lepas solat Terawih. Entah sembahyang entah tidak dia orang ni. Selaku Presiden En Mahasir telah mewawarkan serta menjemput semua alumni SMMB untuk menyertainya di 'Facebook' beliau 3 hari sebelum.
En Nazaruddin anatara yang sibuk menguruskan peserta. Hebat beliau dengan mesin kira markah tu. Maklumlan pelanggan tetap 'Daiman Bowl'.
Sebelum perlawananan bermula. En Fuad peserta 'import' dari KL yang baru sahaja tiba JB petang itu juga. Sungguh komited betul dia.
Let's the battle begin!!!..Maaf cakap omputih lak..Peperangan bermula. Pasukan telah dibahagikan kepada 2, Iaitu 'Team Presiden' dan 'Team Vice Presiden'.
En Mahasir dan En Khirzon yang dah mula naik 'syok'
Antara 'posing' yang sempat dirakam. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Ini kerana kamera Jabatan Penerangan tertinggal di rumah (Fuad).
Antara 'posing' yang sempat dirakam. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Ini kerana kamera Jabatan Penerangan tertinggal di rumah (Fuad).
Tahniah kepada Team Presiden yang telah menjuarai pertandingan ini. Maaf tiada gambar Team Vice Presiden disini kerana menghormati keputusan pasukan beliau yang malu untuk bergambar (dah kalah malas nak bergambar). Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Berkemungkinan perlawanan semula akan diadakan (rematch) bagi menyahut cabaran dari Team Vice Presiden.
Selasa, 8 September 2009
Biodata Geng exSMMB semakin bertambah!
Salam,
Semoga semua rakan-rakan exSMMb sentiasa hidup dalam kebahagiaan dan dirahmati Allah disamping mereka-mereka yang tersayang.
Alhamdulillah... Belum pun sebulan blog exSMMB ini wujud, tujuan dam matlamatnya hadir di dalam dunia maya, semakin memberi erti. Kehadiran seorang demi seorang rakan-rakan kita yang telah lama menghilang, memberi seribu makna, lalu kita terus bertemu di sini setiap hari walaupun tanpa melihat wajah dan mendengar suara. Syukur kepada Mu Gusti Allah.
Di sini... di blog exSMMB 1986-1990 ini, seboleh-bolehnya pihak AJK exSMMB yang diwakili oleh Presiden kita Encik Mahasir sentiasa berusaha untuk terus mengumpul dan mencari ramai lagi rakan-rakan kita yang lain yang kini entah di mana. Kerana itu setiap exSMMB 1986-1990 yang pernah melawat blog ini diminta untuk memberi biodata dan menceritakan sedikit kisah perjalanan hidup mereka selepas meninggalkan SMMB. Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi. Selain boleh bertanya khabar, kisah kita yang mungkin tidak seberapa bagi kita... tetapi terlalu ramai yang mungkin hendak tahu. Selain dari itu, mungkin ramai di antara rakan-rakan kita yang dahulu begitu akrab ingin menghubungi kita dan menjadi akrab kembali. Tentu banyak perkara yang hendak diceritakan dan banyak kisah yang hendak dikongsi bersama. Bukankah itu sesuatu yang baik dan indah.
Kepada yang telah menghantarkan biodata mereka, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi sesama kita. Perjalanan hidup kita, kadang-kadang bukanlah sehebat dan se'gah' orang lain dan itu juga bukanlah sesuatu yang penting di sini. Diusia begini, perjalanan hidup kita juga bukanlah setakat ini. Esok lusa... hanya Allah sahaja yang tahu.
Kepada anda yang baru melawat blog exSMMB ini, dan ingin mengetahui cerita tentang sahabat baik anda... Sila klik di sini.

Sabtu, 5 September 2009
Foto Kenangan dari Norhayati Harun
Barisan belakang dari kiri;
Fauzi,Ali,Jemain,Raimy,Norazam,Badrul Hisham,Rashidi,Faizal,Shaharudin,Zulkarnain,Eshamuddin,Mohd Noh,Mohd Noor,Mohd Fuad, Sofian,Mohd Sharif,Mohd Azmi.
Fauzi,Ali,Jemain,Raimy,Norazam,Badrul Hisham,Rashidi,Faizal,Shaharudin,Zulkarnain,Eshamuddin,Mohd Noh,Mohd Noor,Mohd Fuad, Sofian,Mohd Sharif,Mohd Azmi.
Barisan tengah dari kiri;
Salisatul,Norazila,Rafidah,NorHasanah,Jumani,Rozaine,Bibi Zulfa,Shamsiah,Khatijah,
Maznah.
Barisan depan dari kiri;
Rozita,Norhati Harun,Mohd Nizam,Puan Rubiah (Guru) Fareza,Azlinda,Habesah,
Sekali lagi kita berpeluang menatap beberapa koleksi foto kenangan SMMB yang menjadi simpanan Puan Norhayati Harun. Kelihatan Nizam Salleh pada foto kelas 3 Mawar, bukan main comel lagi dia. Hihi...
Lagu Nostalgia Minggu Ini...
Terimalah lagu dari Kumpulan Wings dari album pertama mereka pada tahun 1987. Masa tu kita semua Tingkatan 2.
Biarkan Berlalu... Kenangan dulu, yang buruk kita buang... Yang baik dan manis, kita simpan hingga ke akhir hayat...
Biarkan Berlalu... Kenangan dulu, yang buruk kita buang... Yang baik dan manis, kita simpan hingga ke akhir hayat...
Khamis, 3 September 2009
Perjumpaan Raya exSMMB
Siapa sangka, kenangan lalu bukan sekadar kenangan lampau yang hanya tinggal sejarah. Kita berpeluang menikmatinya lagi walaupun dalam keadaan yang berbeza. Lebih bermakna dan lebih matang. Dan percayalah, selagi ikatan terus terjalin... selagi itu juga Dia akan sentiasa memberi rahmat untuk kita semua. InsyaAllah.
Jadi... lupakan tentang perkara yang 'sentimental' kerana kita akan teruskan ukwah ini dengan pelbagai lagi perkara yang lebih memberi makna.
Maaflah... Intro terlalu panjang... Maklumlah bulan Ramadan ni kan... Aura keinsafan itu sering mengulit jiwa. Hihi...
Ramai di kalangan sahabat-sahabat exSMMB meminta diadakan Perjumpaan Hari Raya sempena kehadiran Syawal tidak lama lagi. Justeru itu, Presiden exSMMB Saudara Mahasir memohon pandangan tuan-puan berhubung perkara ini. Setuju atau tidak... tuan-puan bolehlah menghantar sms ke talian hayat beliau di 0197747473 atau terus sahaja memberi komen di bawah. Segala keputusan di mana dan bila waktunya akan diberitahu kelak. Jangan lupa untuk sentiasa mengunjungi blog exSMMB ini untuk maklumat lanjut.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal...
Selasa, 1 September 2009
Foto Kenangan dari Fuad Abdullah
Dua foto kenangan kali ini adalah simpanan Saudara Fuad Abdullah. Ramai juga sahabat-sahabat lama kita dalam foto ini. Kalau tidak silap, dalam foto darjah 6 Rozaini berdiri tujuh dari kanan. Juga sahabat kita yang sudah pergi iaitu Arwah Azmi Keling yang duduk bersama Sulaiman Musa dan seorang lagi yang tidak dikenali di bahagian hadapan. Pengawas tuu... Dan jangan lupa, Cikgu Ibrahim yang terkenal dikalangan pengakap sekolah.
Fuad ialah penduduk asal Kampung Bendahara dan kini bertugas di Jabatan Penerangan sebagai jurugambar yang terkenal lagi hebat di Kuala Lumpur.
Fuad ialah penduduk asal Kampung Bendahara dan kini bertugas di Jabatan Penerangan sebagai jurugambar yang terkenal lagi hebat di Kuala Lumpur.
Langgan:
Catatan (Atom)