Isnin, 19 Oktober 2009

Majlis Raya exSMMB Meriah berdentam-dentum..!






Majlis Perjumpaan Raya yang berlangsung pada 17 Oktober lepas berlangsung dalam suasana yang penuh kemeriahan dan warna-warni. Majlis yang sepatutnya berlangsung di Dewan Komuniti Pandan @ Hotel Pandan, Johor Bahru telah berpindah tempat dan di adakan di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru.

Kenapa berpindah tempat? Tentunya kerana barisan AJK exSMMB yang diketuai oleh Encik Mahasir serta Penasihat Encik Hashim Abu mahukan yang terbaik untuk semua. Barisan AJK ini, sejak dari awal lagi berhempas pulas, ke sana ke mari, ke utara dan selatan selama beberapa minggu mencari lokasi dan kaedah terbaik untuk mengadakan majlis ini. Dan akhirnya, Alhamdulillah majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta dihadiri lebih ramai lagi muka-muka baru exSMMB. Puan Surya pun ada beb...

Majlis Perjumpaan Raya ini juga dihadiri seorang jemputan khas iaitu Saudara Azam. Beliau ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang yang sempat memberi ucapan kata-kata semangat kepada exSMMB 1986-1990 untuk meneruskan usaha menyambung ikatan persahabatan diantara kita. Terima Kasih Tuan Azam.

Ucapan ribuan Terima Kasih tak terhingga diucapkan kepada seluruh AJK exSMMB yang sentiasa berusaha mengadakan pelbagai aktiviti dan memberi sumbangan wang ringgit dan tenaga mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak lupa juga kepada semua hadirin exSMMB yang mana ada diantaranya datang dari Kuantan dan Kuala Lumpur semata-mata untuk memeriahkan majlis ini. Terima Kasih banyak-banyak. Janganlah kita sangsi sekiranya kita ikhlas. InsyaAllah.

Tahun depan kita jumpa lagi.

Anak Merbah mati di lapah
Tertelan selasih di atas para
Bertemu sudah bicara sudah
Kenapa masih gundah gulana?

Maaf, tak jumpa pantun yang sesuai.

6 ulasan:

  1. Terima kasih semua khas sekali buat ajk yg bertungkus lumus sama2 menjayakan majlis ini.yg bukan ajk pun terima kasih setinggi gunung diucapkan kerana kesudian anda semua memeriahkan majlis perjumpaan ini.selamat hari raya berjumpa lagi ditahun hadapan dgn event yg lebih meriah lagi.insyaallah...............

    BalasPadam
  2. BARU AKU PERASAN.GAMBAR PEREMPUANJE.MANA GAMBAR lelaki.ngelatla kau sham.penat aku dress mlm tu.

    BalasPadam
  3. sham ko pantun tu xde kena mengena dgn raya pun...tpi boleh la bro, thanks

    BalasPadam
  4. huhu jumpa lagi kawan lama - rosma masuki, zaiton said dan junaidah...lama x jumpa derang. ada sapa2 boleh bagi no tepon rosma masuki? mazilah (maaf x dpt join, harap dpt join slps nih)

    BalasPadam
  5. Sori la beb. Gambar lelaki tak ada dalam kamera aku. Ada kat Fuad. Nanti aku mintak dia email...

    BalasPadam
  6. macam satu mimpi bila dapat jumpa kawan2 yg begitu lama tak jumpa macam sumini, rosma marzuki, zainon md said, junaidah osman, suzaimah, rahimah mohd, suria, ruhaiza..sapa sangka kan????

    BalasPadam