Khamis, 29 Oktober 2009

Amal Jariah Salah Satu Bekalan Kita Di Akhirat


Hadith :Hukum Menziarah Kubur
Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.”

Huraian
1. Ziarah kubur merupakan sunnah Rasulullah s.a.w namun kita dilarang sama sekali melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik yang sesat seperti menziarah kubur untuk memuja dan memohon kepada arwah orang alim, meminta nombor ekor dan yang seumpama dengannya.

2. Islam menganjurkan kita untuk menziarah kubur dengan tujuan agar manusia yang masih hidup boleh mengambil pengajaran dan insaf tentang hari akhirat.

3. Ziarah kubur diizinkan bagi orang lelaki dengan kesepakatan para ulama. Tetapi bagi kaum wanita, ada yang mengatakan makruh, manakala sebahagian besar ulama lain mengatakan harus. Hal ini kerana sifat wanita fitrahnya adalah sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah. Oleh itu apabila hendak menziarah kubur kaum wanita hendaklah memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan mengawal emosi dengan baik seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur, memaki dan mengeluarkan kata yang buruk kepada si mati dan sebagainya sehingga lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.

sumber dari JAKIM.
(hadith diatas hanyala utk rujukan kita semua)

PERHATIAN:

Satu majlis gotong-royong membersihkan kawasan kubur akan diadakan pada 1hb November 2009.Kerja-kerja amal ini akan di adakan di tanah perkuburan islam Masai.Tiada ganjaran diberikan.Hanya keikhlasan dan ketulusan hati.

Kepada sesiapa yang berminat bolelah menghubungi saya.Sekian Terima Kasih.

2 ulasan:

  1. Tahniah kepada sesiapa saja yang bakal menyertai majlis amal ini. Semoga korang semua diberikan bahagian yang terbaik dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. terima kasih bro.kita paham sesapa yg jauh memang sukar nk join.tapi yg dekat tu harap ada sambutan.

    BalasPadam