Sabtu, 24 Oktober 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Sebuah artikel yang rasanya boleh dan sesuai dikongsi oleh semua. Maklumlah, 99% dari kita sekarang ini sudah bergelar suami atau isteri. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan iktibar. Semoga kebahagiaan yang dilalui akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

Penulis artikel ini menurut maklumat ialah Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI 



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua… 



C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 



C4. COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…


C6. CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal…..

4 ulasan:

  1. sebagai lelaki wa no komen bro.ni semua fakta yang harus difikirkan oleh kaum hawa zaman sekarang.

    BalasPadam
  2. Aku pun, sebagai lelaki aku setuju. Tapi lelaki juga banyak kelemahannya. Terlupa dan tak perasan... Menjadi suami atau isteri mithali tu bukan senang walau ramai yang kata dia mithali...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.saya rasa terpanggil bila saudara sham mengeluarkan petikan ini.apa yang di ceritakan diatas memang ada kebenarannya.bila diperhatikan masa mula2 bercinta semuanya indah,bagi wanita.......fuhhhhhhh ngadap cermin sampai 30 min.sama gak bila da kawen,bila nak keluar mak aiii.solek punya lawa tapi bila kt umah,x terurus langsung.

    Tapi harus diingat jugak.lelaki pun sama,dulu masa 'belum dpt'bukan main jaga.kalau bini dia terlanggar batu siap dia sumpah batu tu.kena gigit semut siap semut tu penyek dia pijak.kemana pegi ikutje.tapi bila 'da dpt'hmmmmmm.'da butake mata awk x nmpak batu tu.ala semut kecik mcmtu gigit pun nak nangis.gembeng tul la awk ni.haaaaaaaabtul x all my fren.plak tu bila bini dtg dekat skit'awkni jauhla skit apa ngempit2 ni.panaslaaaaa'KENYATAAN.
    Sebenarnya kenyatan diatas memang harus dipikirkkan secara serius oleh wanita.bagi lelaki walaupun xde artikel yang dikeluarkan anda semua x semestinya selamat,jangan salahkan bini anda jika bini anda berlaku curang di luar sana.segalanya adala salah anda sendiri kerana kurang memupuk kasih syg setelah berumahtangga.perempuan juga mempunyai perasaan.justeru itu kuruskan bini anda jika anda ingin bini anda cantik.keluarla skit duit tu.jgnla salahkan bini anda jika dia x cantik,salah anda kerana tidak mencantikkannya.

    BalasPadam
  4. ade x sebab isteri benci suami??

    BalasPadam