Sabtu, 31 Oktober 2009

Gotong Royong

Al-Fatihah!!! Begitulah agaknya yang dibisikan oleh Zulkarnain kepada Razikin

Mr Presiden dan Alumni SMMB sibuk mencabut rumput.

Alhamdullilah, akhirnya berjaya juga Alumni SMMB serta UMNO Bahagian Pasir Gudang menjayakan Majlis Gotong Royong Membersihkan Perkuburan Islam di Masai. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi. Semoga segala kebaikan Alumni SMMB diberkati Allah.Amin..

Khamis, 29 Oktober 2009

Amal Jariah Salah Satu Bekalan Kita Di Akhirat


Hadith :Hukum Menziarah Kubur
Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.”

Huraian
1. Ziarah kubur merupakan sunnah Rasulullah s.a.w namun kita dilarang sama sekali melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik yang sesat seperti menziarah kubur untuk memuja dan memohon kepada arwah orang alim, meminta nombor ekor dan yang seumpama dengannya.

2. Islam menganjurkan kita untuk menziarah kubur dengan tujuan agar manusia yang masih hidup boleh mengambil pengajaran dan insaf tentang hari akhirat.

3. Ziarah kubur diizinkan bagi orang lelaki dengan kesepakatan para ulama. Tetapi bagi kaum wanita, ada yang mengatakan makruh, manakala sebahagian besar ulama lain mengatakan harus. Hal ini kerana sifat wanita fitrahnya adalah sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah. Oleh itu apabila hendak menziarah kubur kaum wanita hendaklah memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan mengawal emosi dengan baik seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur, memaki dan mengeluarkan kata yang buruk kepada si mati dan sebagainya sehingga lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.

sumber dari JAKIM.
(hadith diatas hanyala utk rujukan kita semua)

PERHATIAN:

Satu majlis gotong-royong membersihkan kawasan kubur akan diadakan pada 1hb November 2009.Kerja-kerja amal ini akan di adakan di tanah perkuburan islam Masai.Tiada ganjaran diberikan.Hanya keikhlasan dan ketulusan hati.

Kepada sesiapa yang berminat bolelah menghubungi saya.Sekian Terima Kasih.

Rabu, 28 Oktober 2009

Ibu kepada seorang exSMMB kembali ke rahmatullah


Salam,

Pagi tadi beberapa orang rakan exSMMB menghubungi pihak AJK exSMMB untuk memakumkan tentang kematian ibu kepada Rafidah binti Said (Apid) iaitu Hajah Rahmah binti Haji Mohd. Som. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Allahyarhamah mengalami komplikasi buah pinggang.

Jenazah dijangka akan dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini. Pihak AJK dan seluruh warga exSMMB mengucapkan takziah kepada Puan Rafidah dan keluarga. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh.

Rafidah (Apid) boleh dihubungi di nombor dan alamat berikut.
0197428485
46 Kampung Sri Purnama,
Jalan Kangkar Tebrau,
Johor Bahru.
Rafidah (Apid) bersama anak-anak semasa Majlis Raya exSMMB

Sabtu, 24 Oktober 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Sebuah artikel yang rasanya boleh dan sesuai dikongsi oleh semua. Maklumlah, 99% dari kita sekarang ini sudah bergelar suami atau isteri. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan iktibar. Semoga kebahagiaan yang dilalui akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

Penulis artikel ini menurut maklumat ialah Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI 



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua… 



C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 



C4. COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…


C6. CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal…..

Rabu, 21 Oktober 2009

Sahabat Lama


Kita menerima seorang lagi sahabat lama. Ramai di antara kita mengenali beliau. Beliau ialah Nor Azidah Abdul Aziz atau Azie. Beliau telah menghantar biodata kepada kita untuk dikongsi. Beliau menulis sesuatu mengenai Batam. Kenapa dengan Batam? Sila klik di sini untuk cerita lanjut...

Isnin, 19 Oktober 2009

Majlis Raya exSMMB Meriah berdentam-dentum..!






Majlis Perjumpaan Raya yang berlangsung pada 17 Oktober lepas berlangsung dalam suasana yang penuh kemeriahan dan warna-warni. Majlis yang sepatutnya berlangsung di Dewan Komuniti Pandan @ Hotel Pandan, Johor Bahru telah berpindah tempat dan di adakan di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru.

Kenapa berpindah tempat? Tentunya kerana barisan AJK exSMMB yang diketuai oleh Encik Mahasir serta Penasihat Encik Hashim Abu mahukan yang terbaik untuk semua. Barisan AJK ini, sejak dari awal lagi berhempas pulas, ke sana ke mari, ke utara dan selatan selama beberapa minggu mencari lokasi dan kaedah terbaik untuk mengadakan majlis ini. Dan akhirnya, Alhamdulillah majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta dihadiri lebih ramai lagi muka-muka baru exSMMB. Puan Surya pun ada beb...

Majlis Perjumpaan Raya ini juga dihadiri seorang jemputan khas iaitu Saudara Azam. Beliau ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang yang sempat memberi ucapan kata-kata semangat kepada exSMMB 1986-1990 untuk meneruskan usaha menyambung ikatan persahabatan diantara kita. Terima Kasih Tuan Azam.

Ucapan ribuan Terima Kasih tak terhingga diucapkan kepada seluruh AJK exSMMB yang sentiasa berusaha mengadakan pelbagai aktiviti dan memberi sumbangan wang ringgit dan tenaga mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak lupa juga kepada semua hadirin exSMMB yang mana ada diantaranya datang dari Kuantan dan Kuala Lumpur semata-mata untuk memeriahkan majlis ini. Terima Kasih banyak-banyak. Janganlah kita sangsi sekiranya kita ikhlas. InsyaAllah.

Tahun depan kita jumpa lagi.

Anak Merbah mati di lapah
Tertelan selasih di atas para
Bertemu sudah bicara sudah
Kenapa masih gundah gulana?

Maaf, tak jumpa pantun yang sesuai.

Rabu, 7 Oktober 2009

Majlis Perjumpaan Hari Raya 2009

Salam,

Satu perjumpaan Majlis Hari Raya untuk exSMMB 1986-1990 akan diadakan pada 17 Oktober 2009 bertempat di Dewan Komuniti Pandan @ Hotel Pandan, Johor Bahru. Majlis akan berlangsung pada pukul 7.30 malam. Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

Dewasa : RM20.00 Kanak-Kanak: RM10.00 (5 hingga 12 Tahun)

Bayaran tidak akan dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.

Semua yang hadir diwajibkan memakai pakaian Raya. Diulangi... pakaian Raya. Lelaki digalakkan memakai baju Melayu, songkok serta sampin. Kalau boleh elakkan yang berwarna putih. Takut difitnah kata nak nikah pulak. Kalau solo lagi, lainlah cerita. Manakala yang wanita pula digalakkan memakai baju kurung atau kebaya. Tapi pastikan bukan tahun lepas punya. Takut tak muat pulak. Hihi...

Walau apa pun, pastikan korang semua hebat pada malam tu. Mengikut kata pihak penganjur, ada hadiah disediakan untuk sesiapa yang paling glamour berpakaian. Astaghfirullahalazim... biar betul...!

Kepada sesiapa yang dah dapat green light untuk pergi, bolehlah membuat bayaran dari sekarang. Sila hubungi Presiden kita Tuan Mahasir 019-7747473 atau 019-7987758 untuk maklumat lanjut tentang bayaran.

Segala perubahan akan diberitahu melalui telefon atau FB.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Balas Dendam (Bowling Tournement)

Score in middle of the games
Selamat Hari Raya untuk semua pembaca terutama Alumini SMMB.
Pertama sekali Tahniah kepada Team Vice President kerana berjasa menebus kekalahannya yang pertama dulu. Sekali lagi Tahniah. Ini bermakna 'Team President' dan Team 'Vice President' 'Draw' (seri ya). Jika untuk menentukan kemenangan masih ada lagi satu perlawanan lagi. Maaf bebanyak saya lambat nak 'publish' kat sini. Sibuk sikit, almaklum bulan Ramadhan ini kena banyak buat amal ibadat tak gitu. Akhirnya bulan syawal nilah saya rasa sesuai untuk 'publish'. Lagipun Team aku kalah buat apa publish cepat-cepat. Maaf ya maaf bebanyak.

Tahniah..nanti kita 'return'

Mr President
Mr Vice President
Let the Battle begin
Puat Main tekan ayat..mana tak menang..Mata tertutup mulut kumat-kamit.
Mr Presiden tetap 'sporting' walaupun kalah.
Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh 'Team President' amat mengagumkan. Walaupun kalah tetap 'sporting' malah Team President telah belanja Team Vice President makan lagi.
Di ingat kepada semua 'berjudi adalah HARAM.

Akhir sekali, segala pandangan dan cadangan boleh disuarakan di ruang komen.
Kepada kaum Hawa yang berhajat nak membaling juga (bowling). Sila minta izin dari suami memasing. Segala perbalahan berlaku adalah tanggungjawab sendiri ya.
Sekian.Jumpa lagi.