Isnin, 25 Januari 2010

Cara Berkabung Yang Betul

Cara EXSMMB (orang Johor) Berkabung. Sopankan?

Berikut adalah tatacara pakaian berkabung sempena kemangkatan Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

1) Lelaki
a. Lelaki melayu - songkok lilitan putih 2 inci
b. Lain-lain bangsa - lilitan hitam 3 inci lengan kiri

2) Perempuan
a. Melayu - bertudung kepala putih
b. Lain-lain bangsa - lilitan hitam 3 inci lengan kiri

3) Beruniform (lelaki & perempuan)
• Lilitan hitam 3 inci lengan kiri

** Tempoh berkabung -7 hari dari tarikh kemangkatan.

4) Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang untuk hari pemakaman (1 hari sahaja).
5) Bendera Johor dikibarkan selama 7 hari dari tarikh kemangkatan.
6) Semua acara dan aktiviti hiburan tidak dibenarkan semasa berkabung.

Semua kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri Johor sila patuhi arahan berpakaian ini.

4 ulasan:

  1. Hebat korang. Tanpa paksaan... Tahniah.

    BalasPadam
  2. kat mn plk korng melepak ni...mcm time keje je ni....mengulorrrr eh....

    BalasPadam
  3. Imah..ingat nak ajak kau ..tapi kau jauh ler..
    Dekat JKR ler..ZZ sup Tulang

    BalasPadam
  4. mizan...aku time keje x leh ngulorrr cam korang...ada kang anak2 aku blk sklh jalan kaki nnt....

    BalasPadam