Isnin, 25 Januari 2010

Cara Berkabung Yang Betul

Cara EXSMMB (orang Johor) Berkabung. Sopankan?

Berikut adalah tatacara pakaian berkabung sempena kemangkatan Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

1) Lelaki
a. Lelaki melayu - songkok lilitan putih 2 inci
b. Lain-lain bangsa - lilitan hitam 3 inci lengan kiri

2) Perempuan
a. Melayu - bertudung kepala putih
b. Lain-lain bangsa - lilitan hitam 3 inci lengan kiri

3) Beruniform (lelaki & perempuan)
• Lilitan hitam 3 inci lengan kiri

** Tempoh berkabung -7 hari dari tarikh kemangkatan.

4) Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang untuk hari pemakaman (1 hari sahaja).
5) Bendera Johor dikibarkan selama 7 hari dari tarikh kemangkatan.
6) Semua acara dan aktiviti hiburan tidak dibenarkan semasa berkabung.

Semua kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri Johor sila patuhi arahan berpakaian ini.

Ahad, 24 Januari 2010

AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat


AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam hari Jumaat. Agenda Daily di maklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.

Ketika bersama Tengku Ibrahim yang sekarang ini Sultan Johor
Kenangan bersama Mohamad Rahmad

Sabtu, 16 Januari 2010

Saat indah awal perkahwinan.


Cuma untuk bacaan ringan.....(Tiada kene mengena dengan sesiapa pun)

Saat indah awal perkahwinan. ....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!

Lepas 25 tahun perkahwinan
Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....