Dari tarikh 15 Ogos 2009 blog ini dibuka..Diam tak diam hampir 2 tahun juga usia blog ni. Selamat Tahun 2011. Semoga sukses selalu. Di atas adalah gambar kawan² kita menyambut tahun baru di Hotel Aliff Inn. Tepat pukul 12.00 memasing main bunga api sendiri. Semoga tahun 2011 dibawah pemerintahan presiden baru kita En Kamaruddin Kamis banyaklah agenda² baru, aktiviti, event yang bakal muncul nanti..Insyallah..
Oleh kerana gambar semasa perlawanan telah dimuatnaik oleh kengkawan. Jadi tinggalah gambar selepas perlawanan jerlah yang tinggal. Terimakasih kepada En Fuad sanggup susah payah dari KL ke JB. Punyalah laju dia bawak kereta, meter pusing 2 kali = kelajuan cahaya. Akhirnya sampai juga tepat pukul 6pm. Gambar ini ehsan darinya.
Di atas permintaan dan beri peluang kepada kawan-kawan yang tiada akuan Facebook boleh melihat gambar-gambar Majlis Jamuan Raya 2010 yang diadakan di Naza Hotel Johor Bahru.
Di manakah ReUnion besar seterusnya akan kita adakan?
Geng exSMMB
Biodata dan Kisah terkini Geng exSMMB 1986-1990
Woi Orang-Orang Kampung!!!!
Salam...
Perhatian! Satu ruangan baru yang diberi nama sebagai Geng exSMMB yang mana ruangan ini akan mengandungi senarai nama dan biodata terkini semua bekas pelajar 1986-1990. Sila klik pada gambar Geng SMMB di atas untuk melihat contoh.
Kepada semua yang mempunyai masa terluang, diharapkan dapat menulis sedikit sebanyak mengenai diri mereka dan hantarkan melalui email ke alamat hishamsalmin@gmail.com atau amiszan@streamyx.com atau sms ke 016-6611479.
Lebih baik sekiranya disertakan dengan photo terbaru sekali. Kerjasama dari tuan puan semua diharapkan dapat memeriahkan blog ini serta dapat mengeratkan hubungan di antara kita walau di mana kita berada. Bak kata orang 'belakang parang kalau diasah lama-lama akan tajam juga'... Maaf tiada kaitan.