Salam,
Semoga semua rakan-rakan exSMMb sentiasa hidup dalam kebahagiaan dan dirahmati Allah disamping mereka-mereka yang tersayang.

Alhamdulillah... Belum pun sebulan blog exSMMB ini wujud, tujuan dam matlamatnya hadir di dalam dunia maya, semakin memberi erti. Kehadiran seorang demi seorang rakan-rakan kita yang telah lama menghilang, memberi seribu makna, lalu kita terus bertemu di sini setiap hari walaupun tanpa melihat wajah dan mendengar suara. Syukur kepada Mu Gusti Allah.
Di sini... di blog exSMMB 1986-1990 ini, seboleh-bolehnya pihak AJK exSMMB yang diwakili oleh Presiden kita Encik Mahasir sentiasa berusaha untuk terus mengumpul dan mencari ramai lagi rakan-rakan kita yang lain yang kini entah di mana. Kerana itu setiap exSMMB 1986-1990 yang pernah melawat blog ini diminta untuk memberi biodata dan menceritakan sedikit kisah perjalanan hidup mereka selepas meninggalkan SMMB. Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi. Selain boleh bertanya khabar, kisah kita yang mungkin tidak seberapa bagi kita... tetapi terlalu ramai yang mungkin hendak tahu. Selain dari itu, mungkin ramai di antara rakan-rakan kita yang dahulu begitu akrab ingin menghubungi kita dan menjadi akrab kembali. Tentu banyak perkara yang hendak diceritakan dan banyak kisah yang hendak dikongsi bersama. Bukankah itu sesuatu yang baik dan indah.
Kepada yang telah menghantarkan biodata mereka, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi sesama kita. Perjalanan hidup kita, kadang-kadang bukanlah sehebat dan se'gah' orang lain dan itu juga bukanlah sesuatu yang penting di sini. Diusia begini, perjalanan hidup kita juga bukanlah setakat ini. Esok lusa... hanya Allah sahaja yang tahu.
Kepada anda yang baru melawat blog exSMMB ini, dan ingin mengetahui cerita tentang sahabat baik anda... Sila klik di
sini.