Khamis, 21 Oktober 2010

REUNION BOWLING EX-MAJIDEE - 2010

Pertandingan Bowling akan diadakan di antara X-Majidee 'Batch' 1969 -1975. Bagi yang berkebolehan dialu-alukan menyertai bagi mewakili batch 1973. Pertandingan akan berlangsung pada:-

Tarikh : 4 Disember 2010
Masa : 3.00ptg
Tempat : Ampang Super Bowl, Leisure Mall, Johor Bahru

Bagi yang berminat, bolehlah hubungi En Kamaruddin @ En Rizal di talian 019-7725267 & 013-7301191. Semua X-Majide batch 1973 datanglah beramai-ramai untuk memberi sokong di hari tersebut.

Mari kita tengok sapa yang MENANG!!!!.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Penyerahan Kuasa..(Bukan Gila Kuasa)

Dengan ini secara rasmi En Kamaruddin dilantik sebagai Presiden X-SMMB yang baru.

Saudara Rizal sebagai Timbalan Presiden

Sebagaimana maklumnya En Mahasir kita telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden pada malam Jamuan Raya 2010 tepat pukul 10.59 malam. Kini En Kamaruddin secara rasminya telah mengepalinya dan En Rizal pula dilantik sebagai timbalannya. Secara positifnya tindakan ini dilakukan bagi menambah-baikan corak pentadbiran sediada serta dapat meramaikan lagi rakan-rakan x-smmb.

Diharap kepada semua berikanlah kerjasama yang tidak berbelah-bagi kepada mereka-mereka yang berkenaan. Semoga dibawah pimpinan baru ini X-SMMB akan lebih maju, berjaya dan meriah dengan aktivi baru.

Majlis penyerah kuasa ini diadakan Hotel Aliff Taman Putera tepat pukul 11.30 malam disaksikan oleh saya sendiri Mizan, Rizal, Khirzon, Cikgu Rozaini, Pn Oshin dan ramai lagi yang tidak dikenali.

Penyerahan Sumbangan.

Saudara Fuad & hasil sumbangan berjumlah RM467.00

Balu kepada Arwah En Zulkarnain


Assalamualaikum..
Terima Kasih tidak terhingga di ucapkan kepada X-SMMB yang menyumbang pada malam Jamuan Raya X-SMMB 2010 yang diadakan 2hb Oktober 2010. Jumlah sumbangan yang terkumpul RM467.00.
Penyerahan sumbangan telah dilaksanankan olen mantan Presiden kita En Mahasir & Presiden baru En Kamaruddin serta AJKnya yang dikasihi pada 8hb Oktober 2010 jam 9.00 malam.

Bagi menghormati balu arwah En Zulkarnain, tiada sesi photografi diadakan. Cukuplah gambar diatas sebagai mewakilinya.