Jumaat, 28 Mei 2010

Slumber Party

Salam semua..Maaf lewat muatnaik gambar masa di 'Slumber Party' di Banafe.
Alasan yang paling popular biasalah sibuk. Terimakasih juga pada semua yang hadir. Kepada yang tidak dapat hadir pada 1hb Mei hari, Insyallah lain kali kita buat lagi. Kebanyakan gambar ini telah di muatmaik di 'Facebook'. Kali ini cuma beri peluang kepada member kita yang tidak mempunyai account facebook bolehlah melihat dan memberi komen di sini.

Suasana kemuncak
Tidak perlu diperkenalkan lagi rasanya semua tahu mak-mak orang ni.
Gambar paling kontroversi (baru nak belajar mabuk)

Kepada semua, untuk gambar yang jelas, klik pada gambar tersebut. Sekian terimasih & maaf dipinta di atas segala kekurangan dan keterlanjuran.
Dialu-alukan sekiranya dapat meninggalkan komen di blog ini.

Khamis, 27 Mei 2010

Al-Fatihah...

Al-fatihah Untuk Ibu Azlina Amer
Salam Taksiah.Ibu kepada Azlina Amer, Maznah Bt Hj Wahab telah meninggal dunia pada hari Isnin 24hb Mei 2010 pukul 2.20 petang di Hospital Sultanah Aminah. Arwah mengalami kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair. Kenduri di adakan selama 3 hari di rumah Tun Aminah.
Anda dijemput hadir. Maaf lambat 'upload'.